welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Dec-2008 02:25 Email | Share | Bookmark
POKOK DUIT



Assalamualaikum dan salam cinta dari love lane…
Kali ni ct nak cerita tentang impian ct untuk membuat sebuah mini kebun di rumah hampir terlaksana syukur sangat hehehe…

Ini semua berkat kenyakinan suami tercinta kerana telah menghadiahkkan sepasu “pokok duit”
(TQ so much yer sayang I love u hehehe).
Tapi sebelum kita bercerita lanjut tentang kisah ct apa kata kita berkenalan dulu dengan “pokok duit-duit” ini yer, jom…

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

PENANAMAN DAN KEGUNAAN

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

(petikan artikel ini dari http://fazlisyam.com)

Ok ini pula kisah ct hehehe…

masa nak gi beli pokok ni ct dan suami konon nya decide nak gi kat kedai nursery pokok jer, tapi entah macam mana lepas habis shopping kat Tesco Extra Seberang Jaya (gi beli barang2 Cosway jer pun hehehe ) tiba2 kami berdua terpandang sebuah taman mini kat depan pintu keluar Tesco tu cantik la pula…apa lagi kami berdua pun hayunkan langkah untuk ke sana hehehe ada 3 anak dara comel2 belaka sedang sibuk menjual pokok2 bunga.

Hish…ct punya la rambang mata tak tahu nak pilih pokok mana sebab semuanya cantik2 belaka…kalau boleh nak borong semua sekali (banyak ke duit hahaha)

Pada mulanya kami pilih pasu untuk dibuat semaian pilih punya pilih akhirnya kami terpandang pokok yg telah disemai dan sedang membesar dengan cantik…hehehe apa lagi pilih yg tu jer la jawap nya…

Setelah di dekorasi dengan batu2 kecil dan ditambah baja semuanya berharga RM 50.00. setelah selesai pembelian dan dibawa pulang, maka pokok itu telah pun berada di hadapan rumah kami berdua…its’ so lovely…ini baru langkah pertama…so tunggu la pokok2 yg seterusnya bakal menjelma tak lama lagi Insya Allah…

Jom tengok ahli keluarga baru kami ini “pokok duit-duit” yg ct bagi nama manja iaitu “pokok cinta(1)” layan….

Quote:
erm...bila ct baca artikel ni ct pun dah keliru akan nama pokok ini, ada yg gelar "pokok duit" dan ada juga yg mengelarkan nya "pokok duit-duit"
tapi apa pun tak kisah la janji namanya pokok yg berduit hahaha








tengok tu punya la banyak pilihan cantik2 semuanya



yang tergantung ada ada yg berpasu pun ada hehehe



akhirnya ini yg menjadi pilihan hati kami berdua



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net