welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Dec-2008 05:54 Email | Share | Bookmark
ROSEL (HIBISCUS SABDARIFFA L)



Assalamualaikum...
Kali ni ni kita berkenalan pula dengan pokok Rosel atau nama botaninya Hibiscus Sabdariffa L. Pokok Rosel ini juga dikenali dengan nama2 lain iaitu Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris) dan sorrel. Pokok Rosel ini diketegorikan sebagai famili Malvaceae.

Sebagai pengenalannya Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat serta kegunaanya ialah Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

Berbalik kepada cerita ct pula yer...sehari sebelum sambutan Raya AidilAdha hubby ct bawa balik sebakul buah2 rosel untuk dibuat jus. Semuanya hubby la yg buat kan (macam biasa la hehehe) dimulakan dengan proses membasuh buah2 rosel, mengopek kelopaknya nya dan biji nya dibuang sehingga la direbus ke dalam periuk yg agak sederhana besar nya. Semasa proses merebus tu gula pasir dimasukkan mengikut sukatan yg telah ditetapkan selain itu tiada bahan pengawet lain dimasukkan ke dalam air rebusan Rosel ini.

Setelah selesai proses merebus, hubby ct keluarkan kelopak2 tadi dan ditoskan sejuk sebentar kemudian proses seterusnya ialah mengisar sehingga lumat dah airnya ditapis dan dibuat jus. Kalau tak kisar pun tak per lepas rebus tu dah kira ok dah, cuma hubby ct terlebih rajin hehehe...
Hampas nya hubby tak buang malah di proses pula sehingga menjadi jem (untuk sarapan pagi kami seharian hehehe)

Boleh dikatakan jus Rosel ini baik untuk kesihatan kerana tiada sebarang pengawet atau pewarna digunakan, rasa nya pula seakan Ribena memang sedap.Cuma kita kena la sentiasa simpan dalam peti sejuk sebab ia akan cepat menjadi masam.
So jom la tengok gambar2 yg hubby ct sempat snap ok...layan...











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net