welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Nov-2008 07:01 Email | Share | Bookmark
AKTIVITI RIADAH DI ROBINA PARK



Assalamualaikum,

Ini la aktiviti kami di hujung minggu (jika suami ct tak ada urusan luar la ). Setiap hari ahad petang kami berdua akan berjalan di sekitar kawasan perumahan kami sehingga la ke Pantai Robina.
Nak kata jogging tu tidak la sebab kadang2 tu pakai selipar jer hehehe… kami berjalan sambil borak tetang hal ehwal semasa, hal family, hal peribadi dan juga berkongsi cerita tentang apa yg terjadi sepajang minggu tersebut.

Kadang2 tu ada juga kisah lucu dan ada juga kisah sedih yg kami borakkan…bagi kami ini la masa untuk kami beriadah sambil mengeratkan lagi kasih sayang yg sedia ada hehehe …kata orang kasih sayang yg sedia ada jika tidak dibaja dan disiram selalu umpama pokok yg kehausan hehehe (berfalsafah la pula)

Tapi secara peribadi ct memang suka sangat aktiviti macam ni sebab ct dan suami dah lama tinggalkan sejak kami hidup berjauhan dahulu…so sekarang kita mulakan semula sambil menyihatkan tubuh badan kita dapat menyihatkan minda dan jiwa kita…

Dalam perjalanan ke Robina Park tu banyak permandangan yg manarik di mata ct, so ct pun mula amik gambar apa yg patut…tapi ada juga yg menyakitkan mata ct dan suami, dimana ramai betul anak2 muda yg berpeleseran kat situ…tak der rasa malu mereka berpeluk-pelukan. Waktu tu terlintas di fikiran ct, bagaimana kah perasaan ayah dan ibu mereka jika dapat tahu anak2 mereka bersikap sedemikian…sedih nya…ct pun pernah bercinta juga, tapi tak pula terfikir nak buat perkara yg mengaibkan sebegitu rupa…
“Apa pun tepuk dada tanya iman…”

Sewaktu perjalanan pulang kami berdua telah melalui satu kawasan elit, banyak betul rumah2 bungalow kat situ…ct dan suami punya la teruja sampai terlupa nak snap picture…insya Allah kalau ada kesempatan hujung minggu ni ct amikkan gambar2 rumah idaman ct hehehe… maklum la sekarang ni tinggal kat apartment jer, teringin juga nak rumah bungalow kan hehehe….
So jom kita layan yer…



















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net