welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Sep-2008 01:48 Email | Share | Bookmark
JOM KENAL DENGAN BURUNG HANTU



Assalamualaikum...selamat meneruskan ibadah puasa...
kali ni ct nak lari sikit dengan suasana puasa dan bahang nak beraya,
gambar ni dah lama dalam simpanan telefon bimbit hubby,so ct amik dan jadikan ia satu tajuk untuk ct kongsi dgn u all semua...
burung hantu ni tersesat kat kawasan rumah mertua, so ayah mertua ct pun jaga la kejap sebab burung ni cedera kut...tapi sekarang dah lepas pun mungkin tengah terbang bebas di awan yg biru hehehe
ct ni tak tahu sangat citer nya sebab masa tu ct masih kat KL lagi hehehe
tapi bila ct tengok muka burung hantu ni comel la pula...so cct pun rasa nak tunjuk kat u all semua...
di sini ct sertakan serba sikit info tentang burung hantu ...
jom layannnn........

Burung Hantu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):
• Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan
• Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.
Ciri-ciri
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.
Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di hadapannya.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.
Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net