welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Jul-2008 23:43 Email | Share | Bookmark
TIGA KISAH SATU MALAM YG PANJANG





KISAH PERTAMA

aloha...,
salam sayang untuk semua warga fp... kisah pertama ni kisah "night market" hehehe night ke ni???petang lagi tp org tetap kata pasar malam kan....dulu masa i kecik2 kalau gi pasar malam mesti nak beli murtabak dan ayam percik( makanan kegemaran la katakan hehehe...)tapi sekarang dah kawin ni kalau gi pasar malam bahagian makanan semua tu dah tak pandang mesti gi tempat jualan bahan mentah...(maklum la sekarang kan housewife full time hehehe)i mesti gi tempat sayur dan ikan...ayam tu kurang sikit....jaga kesihatan la konon hehehe ...tapi yg i nak share kat sini ialah di pasar malam ni macam2 kita boleh dapat...tak perlu ke supermarket yg besar2...dan di pasar malam juga kita boleh berjimat dan suasana nya pun terasa damai walaupun berasak dgn ramai org tapi i paling suka tengok bagaimana warga2 emas menghabiskan masa dgn membuat jualan hasil tani serta tangkapan mereka...ini la semangat juang yg kita cari... lupa pula nak bagi tahu lokasi pasar malam ni ialah di Penaga...jom layan...







KISAH KEDUA

ini pula kisah kedua, hubby gi potong rambut di salah sebuah kedai gunting rambut yg agak glamer la juga di butterworth ni...dulu i tak pernah pun masuk kedai gunting rambut mamak ni...tapi sejak kawin ini la salah satu tugas utama i iaitu temankan hubby gunting rambut hehehe....
yg i nak share kat sini ialah bagaimana org yg berketurunan india ini memonopolikan bisnes gunting rambut untuk lelaki....boleh dikatakan majoriti pengunting rambut untuk lelaki adalah warga india...mereka seolah-olah telah memahami apa kehendak pelanggan...yg paling unik nya antara mereka dan kedai gunting rambut yg diusahakan oleh warga lain ialah perkhidmatan urut...hehehe....lepas gunting rambut mereka tampa disuruh atau diminta akan terus mengurut kepala pelangan mereka untuk menghilangkan rasa penat, ngantuk dan stress....sebab tu la hubby i suka sangat ke kedai gunting rambut ni hehehe....







KISAH KETIGA

ok the final story of this entry ialah apa lagi kalau jom makan2 di RS Cafe yg berlokasi di Bagan Jermal... Menu i untuk malam tu ialah air barli panas dan meehoon goreng biasa, manakala hubby pula air teh halia panas dan meehoon goreng ikan masin...dan tak lupa tapau untuk my mom....meehoon gorengikan masin juga....(mama tak ikut sebab kurang sihat )
sedap juga makanan kat sini dan harga pun berpatutan.....kira boleh la dalam situasi tgh berjimat cermat ni hehehe.... so moh le kiter jalan2 cari makan yerrrr....

















KOMEN PERTAMA DARI WATIE...TQ SO MUCH YER WATIE....

terima kasih untuk watie yg sentiasa melayani fp ct @ cinta di love lane yg tak seberapa ni...so sebagai penghargaan maka jom la kita sama2 melayan fp watie yg tgh hot dgn musim durian nya di:-

http://shahwatie.fotopages.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net