welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-May-2008 00:08 Email | Share | Bookmark
boria dari pulau mutiara

ini la boria
ini la identiti penang
kumpulan gamelan pun ada
tengok tu aksi anak-anak kecil
meriah sangat
 
 
kali ni i nak tunjukkan boria...pada mereka yg tak tahu apa itu boria, boria ini adalah satu bentuk hiburan yg terkenal di pulau mutiara...kalau johor terkenal dgn zapin nya, melaka pula terkenal dgn dondang sayang so penang terkenal dgn boria.....

kali ni i ikut suami ker majlis graduasi untuk pelajar-pelajar cemerlang SPM 2007 bagi kawasan parlimen tasek gelugor. majlis ini disempurnakan oleh bekas timbalan menteri pertanian iaitu dato shariff omar.actually ini adalah program cetusan idea dari dato sendiri...kalau tak salah program ini dinamakan "program mendaki sekolah-sekolah kebangsaan".

suami i bertugas untuk persiapan tempat dan juga menjadi tetamu jemputan...
(kira 2 in 1 la ni.... ) nak buat macam mana kan hubby i ni memang aktif dalam kerja-kerja luar ni...namun kerja hakiki tetap dijaga rapi....(bakal YB la katakan...Insya Allah kan sayang.... )

berbalik pada cerita boria ni, kanak2 ni di datangkan khas dari sekolah rendah Tok Jaya, best sangat sebab penyanyi utama yg berbaju hijau tu memang keletah sangat...bijak bangat....
semua tetamu nampak terhibur sangat....(actually i pun dah lama tak tengok boria ni.... )

nasihat i hanya satu...seni warisan kita ni mesti la dikekal kan supaya sentiasa dikenang sehingga generasi yang akan datang....Insya Allah...kepada semua pelajar SPM dari 7 buah sekolah di ucapkan tahniah dan ini merupakan satu permulaan untuk kecemerlangan yg seterusnya....(ada gaya YB tak.... )... so layan la boria dari pulau mutiara yer....



terhibur tengok telatah penyanyi utama kumpulan boria ni



tarian juga menghiburkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net