welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Dec-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
ALYA BALQIS IN ACTION



“dapat award”



Quote:
Sebelum ct mula kan celoteh ct nak ucapka jutaan terima kasih dari zai kulim dan watie yg sudi memberi award yg comel ni untuk ct…insya Allah semoga ikatan persahabatan maya ini kekal abadi selamanya AMIN…


Ok berbalik kepada tajuk kita hari ni iaitu “Alya Balqis in action” siapa lagi kalau bukan anak buah kesayangan hubby dan ct ni hehehe…maklum la dah lama tak jumpa ngan anak buah ct yg comel ni, tapi baru2 ni kami pulang ke kampung family alya pun balik sekali, so dapat la jumpa dan peluk2 alya puas2 hehehe…

Alya sekarang dah boleh jalan2 jatuh dan yg paling best dia sekarang dah pandai call org hehehe (habis la kredit mak ayah dia dikerjakan hahaha)

Selalu juga hubby ct dapat call dari alya, selalu nya alya akan cakap bahasa jepun la kan hehehe…
Tapi itu la dikatakan anak2 milinium…semua nya berlaku dan berkembang dengan pesat dan cepat…bijak2 anak2 kita sekarang ni…
(minta2 la anak kami pun bijak macam ni juga Amin hahaha)

So jom kita tengok pose2 menarik dari alya











Wednesday, 26-Nov-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI RIADAH DI ROBINA PARK



Assalamualaikum,

Ini la aktiviti kami di hujung minggu (jika suami ct tak ada urusan luar la ). Setiap hari ahad petang kami berdua akan berjalan di sekitar kawasan perumahan kami sehingga la ke Pantai Robina.
Nak kata jogging tu tidak la sebab kadang2 tu pakai selipar jer hehehe… kami berjalan sambil borak tetang hal ehwal semasa, hal family, hal peribadi dan juga berkongsi cerita tentang apa yg terjadi sepajang minggu tersebut.

Kadang2 tu ada juga kisah lucu dan ada juga kisah sedih yg kami borakkan…bagi kami ini la masa untuk kami beriadah sambil mengeratkan lagi kasih sayang yg sedia ada hehehe …kata orang kasih sayang yg sedia ada jika tidak dibaja dan disiram selalu umpama pokok yg kehausan hehehe (berfalsafah la pula)

Tapi secara peribadi ct memang suka sangat aktiviti macam ni sebab ct dan suami dah lama tinggalkan sejak kami hidup berjauhan dahulu…so sekarang kita mulakan semula sambil menyihatkan tubuh badan kita dapat menyihatkan minda dan jiwa kita…

Dalam perjalanan ke Robina Park tu banyak permandangan yg manarik di mata ct, so ct pun mula amik gambar apa yg patut…tapi ada juga yg menyakitkan mata ct dan suami, dimana ramai betul anak2 muda yg berpeleseran kat situ…tak der rasa malu mereka berpeluk-pelukan. Waktu tu terlintas di fikiran ct, bagaimana kah perasaan ayah dan ibu mereka jika dapat tahu anak2 mereka bersikap sedemikian…sedih nya…ct pun pernah bercinta juga, tapi tak pula terfikir nak buat perkara yg mengaibkan sebegitu rupa…
“Apa pun tepuk dada tanya iman…”

Sewaktu perjalanan pulang kami berdua telah melalui satu kawasan elit, banyak betul rumah2 bungalow kat situ…ct dan suami punya la teruja sampai terlupa nak snap picture…insya Allah kalau ada kesempatan hujung minggu ni ct amikkan gambar2 rumah idaman ct hehehe… maklum la sekarang ni tinggal kat apartment jer, teringin juga nak rumah bungalow kan hehehe….
So jom kita layan yer…



















Sunday, 23-Nov-2008 06:44 Email | Share | | Bookmark
MY LOVELY PETS



Jom tengok wajah2 cute boboy dan gegirl, sekarang ni bukan main bijak lagi bila diambil gambar nya dah pandai berposing tu hehehe
Boboy ni dulu kecik dari Gegirl, sekarang dah sama besar pun hemsem la pula hehehe
Gegirl pula memang manja asyik nak kita dukung jer
Jom la layan wajah2 comel deme ni yer….

















Thursday, 20-Nov-2008 02:07 Email | Share | | Bookmark
JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA SMTBw



Assalamualaikum,
Sekarang ni kita dah berada di bulan November iaitu bulan kedua terakhir bagi tahun 2008. So bermacam majlis keramaian diadakan untuk meraikan para pelajar yg bakal meninggalkan alam persekolahan mereka. SMTBw tidak ketinggalan menganjurkan Jamuan Akhir Tahun untuk pelajar2 asrama mereka, tidak ketinggalan para Alumni juga di jemput hadir bagi sama2 maraikan majlis keramaian ini.

Tidak ketinggalan ct pun hadir sama untuk memberi sokongan kepada hubby tercinta, maklum la hubby bertugas di belakang tabir pada malam tersebut hehehe…
Ct ke sana ditemani anak buah ct yg tersayang tu…siapa lagi kalau bukan Bitah yg montel hehehe
Tema kami bertiga “pink” saja jer buat tema sendiri hehehe ,
Tapi yg paling best bila dapat tengok para pelajar kita ni bergaya sakan, kalah pengantin tu hehehe… macam2 fesyen ada…ada yg jd koboi, ada yg jd ustaz pendek kata “macam2 ada” hehehe

Kami juga dihiburkan oleh band yg diimport khas dari USM, boleh tahan juga nyanyian mereka ni sebab banyak lagu kegemaran ct dia org nyanyikan hehehe , selain itu acara Karoke dan juga cabutan bertuah memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut, tapi nombor kami bertiga tak naik la pula huhuhu

Pendek kata majlis pada malam tersebut memang kategori meriah la dan ini semua adalah untuk para pelajar di Aspura dan juga Aspuri…untuk semua pelajar2 yg menduduki SPM “selamat Maju Jaya” dan jumpa nanti di Menara Gading Insya Allah…jom layan…



banyak betul hamper pada malam tu tapi satu pun tak lekat kat kita org huhuhu, menu pula sedap



tengok tu bukan main berposing lagi pelajar2 aspura kita ni siap ada goodies beg tu



tidak ketinggalan para tetamu VIP kita sedang enak menjamu selera...aik ada koboi terlepas la pula



makan jgn tak makan sedap2 tu



dealova satu bang...dealova hehehe



siapa nak rasa satay ni, sedap tu hehehe, tengok anak buah ct kat sebelah tu tak pandang lain dah



"macam2 ada"



sambil makan jgn lupa "cheese"



tak payah susah2 kipas ngan tangan guna jer fan electric tu hehehe...sambil makan cabutan bertuah sedang dijalankan



sori la sayang gambar u tak clear la...sibuk betul hubby ct malam tu sian dia



karoke time...penyanyi ni X student SMTBw dan sekarang tgh belajar di matrikulasi penang...sedap juga suara adik ni...lagu siti nurhaliza yg bertajuk "Nirmala" jd pilihan nya...



Monday, 17-Nov-2008 14:38 Email | Share | | Bookmark
JAMUAN AKHIR TAHUN KKGS SMTBw



Pada 8 November yang lalu bertempat di SMTBw telah diadakan majlis jamuan makan malam KKGS iaitu Kelab Keluarga Guru dan Staf. Tema masih dalam suasana hari raya dan disatukan dengan sambutan Hari Deepavali.
Pelbagai atucara telah diaturkan dan menu yg disediakan juga menyelerakan…tapi ct dan suami macam biasa la cari satay la dulu hehehe
Tapi tak banyak kami amik gambar pada malam tersebut, maklum la asyik dok mengadap menu hehehe…jom layan….



tema kami white and black hehehe



bersama sumaiyah dan juga salah seorang anak kawan hubby (ala lupa pula nak tanya namanya huhuhu)



hubby bersama teman2 serta keadaan atau suasana di majlis jamuan makan malam tersebut



teman2 sepejabat hubby



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net