welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Dec-2008 01:55 Email | Share | | Bookmark
MAKANAN KLASIK ALA MAMAK PENANG



Assalamualaikum,
Kali ni ct nak cerita tentang makan lagi…tapi kali ni bukan ct ngan suami yg masak tapi “mamak penang” yg masak hehehe…

Minggu lepas habis saja shopping sayur kat Econsave, kami pun dok fikir nak makan apa la untuk malam nanti…fikir punya fikir so dapat la idea nak makan “Roti Bangali cicah dengan kuah Kari Daging” hehehe.

So tanpa lengahkan masa kami pun terjah la ke kedai mamak yg terletak di kawasan “Bagan” (org2 penang tau la kut nooo…. )nama kedai tak nampak la pula hehehe sebab ini betul2 kedai kopi klasik mamak penang.

Seperti yg telah dirancang hubby pun order la apa yg telah dihajati…memang sedap rasa nya…Roti Bengali (kalau org luar dari penang menggelarkan nya roti tawar) tu masih panas dan sangat lembut manakala kuah kari nya memang sedap pekat pula tu dan diserikan pula ngan kopi O panas hehehe kira memang perfect cantuman menu kami pada malam tu…dan ala2 klasik gitu…

So jom la kita layan sebahagian gambar yg sempat hubby ct snap sebelum makan yer…layan…

Quote:
hehehe ct tak tahu mana yg betul ejaan nya "bengali" atau "bangali" tapi yg penting janji ada bunyi nya dah la yer










Monday, 15-Dec-2008 03:07 Email | Share | | Bookmark
LAKSA KEDAH ALA LOVE LANE



Assalamualaikum sahabat2 FP ku sekalian…

Tema kali ini ialah “makan” nak tahu apa menu nya? Tak lain tak bukan “LAKSA KEDAH”. Laksa ni hasil sentuhan ct ngan hubby tau…(fisrt time cuba buat nasib baik la jadi hahaha)

Mula2 nak buat meehoon sup jer tapi ipar duai semua kata dah bosan ngan daging so kami berdua pun amik keputusan buat laksa jer la…yg best nya ct siap buka buku resepi hahaha (ini la padah nya kalau tak tahu masak huhuhu)

Nasib baik la hubby ct ada dia la yg banyak bertugas di bahagian dapur kerja ct hanya la potong memotong jer hahaha…(TQ yer sayang I love u la hehehe)

Ct dan suami boleh dikatakan setiap bulan pasti adakan majlis makan2 untuk family, bukan apa ini la saja cara untuk kami meraikan saudara mara kami dan time ni juga la kesempatan untuk ct nak kenal rapat ngan family sebelah hubby…maklum la dulu lepas kawin tak sempat nak kenal rapat sebab dah lari dok KL hahaha….

Yg kelakar nya setiap kali kami buat majlis mesti terlupa nak snap picture bila dia org dah balik semua baru teringat kenapa la tak snap picture

Antara menu yg telah ct dan suami sediakan ialah, “mee udang”, mee tom yam plus siput lala”, “meehoon sup”, “soto” dan yg terkini “laksa kedah”.

Ok la, ct pun tak nak berceloteh panjang jom kita tengok “LAKSA KEDAH” ni yer…layan…

Quote:
perbezaan laksa kedah ngan laksa penang tidak la ketara sangat apa yg ct dan suami masak kuah nya sama jer ngan laksa penang tak der letak santan atau berlemak cuma kami tak guna kan nenas seperti dalam ramuan laksa penang tapi menggunakan telur rebus sebagai bahan ramuannya.












Quote:
alamak terlupa pula nak jawap tag dari nurul...ssori...on the way yer nurul...tungguuu....


Wednesday, 10-Dec-2008 06:02 Email | Share | | Bookmark
AKSI SEPUPU CILIK KU IMAN



Assalamualaikum dan Salam Adiladha untuk semua teman2 di FP…

Kali ni nak story sikit tentang sepupu cilik ku Mohd Shariman Azizan, anak tunggal kepada Pak Su dan Mak Su ct. Memang keletah sangat, maklum la dia la sepupu yg paling kecil sekali yang lain semua dah sekolah jd yg ini terlebih manja la pula hehehe

Umur Iman baru 4 tahun. So tahun depan bulan Mei cukup la 5 tahun. Tapi mak ngan abah dia dah nak hantar masuk tadika thn depan…bukan apa terlebih bijak dan rajin nak masuk sekolah hahaha….

Ct dan suami berkesempatan jumpa Iman masa ct balik beraya di rumah arwah nenek sebelah family ct di Sungai Gelugor Penang. Kebetulan family Iman beraya di rumah nenek ct tahun ni dia org tak balik Perlis sebab Mak Su ct tak dapat cuti… (sian nya...)

Masya Allah punya la aktif Iman ni habis kucing kat kampung ct dikejar nya apatah lagi kuat bercakap pula tu, ada saja benda yg nak diceritakan pada kita org…
Iman panggil hubby ct “abah” hehehe dan ct pula dia panggil “kakak” hahahaha kelakar la pula kau ni Iman…

So jom la layan aksi Iman berposing yer…



Iman bergambar bersama cinta hati ku



aksi nakal Iman



action with me



ini la gaya Iman



Sunday, 7-Dec-2008 02:21 Email | Share | | Bookmark
UCAPAN DI LOVE LANE



bakal bergelar tuan haji Insya Allah...



hajjah siti azlina binti abdul aziz (gelaran ini diperolehi sejak tahun 1991 cuma ct tak gunakan nya dalam aktiviti seharian )



kami berdua mengucapkan salam adil adha untuk seluruh umat islam khusus nya warga FP

Assalamualaikum,
di sini ct dan suami mengambil kesempatan untuk mengucapkan "selamat hari raya Aidil Adha" untuk semua warga FP tersayang...dengan ucapan "lakukan pengorbanan itu dengan hati yg ikhlas kerana pengorbanan itu satu ibadah" , kepada mereka yg menunaikan haji di tahun ini ct dan suami mendoakan agar selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dengan "haji yg mabrur" Insya Allah.


Quote:
setiap kali hadirnya raya haji terimbau kenangan ct di tanah suci makkah ini...kali pertama ct menjejakan kaki ialah pada tahun 1991, waktu tu ct baru tingkatan 1...banyak yg ct belajar dari mama ct dan untuk pengetahuan semua nenek kesayangan ct telah kembali ke rahmatullah di madina dalam tahun tersebut jadi ct dan mama terpaksa la pulang berdua sedangkan kami pergi bertiga...sedih nya waktu tu TUHAN jer yg tahu namun itu semua adalah ketentuan dari Nya ct dan mama redha di atas kepergian arwah nenek tersayang...kali kedua ct ke sana ialah pada tahun 2002. kali ni ct mengerjakan haji untuk arwah ayah ct...tiada apa yg boleh ct sampaikan untuk arwah ayah selain sedekahkan Al-Fatihah ct juga berkesempatan untuk mengerjakan haji untuk arwah ayah tercinta...
kini ct sentiasa berdoa moga ct dapat mejejaki kaki lagi ke sana untuk sama2 mengerjakan ibadah haji bersama insan yg paling ct cintai iaitu suami ct...Insya Allah semoga impian ct ini menjadi satu realiti AMIN...
ini la cebisah kisah ct setiap kali menjelang nya "HARI RAYA AIDIL ADHA"
SESUNGGUH NYA PENGORBONAN ITU TERLALU INDAH UNTUK CT POTRET KAN DALAM INGATAN...INSYA ALLAH



Wednesday, 3-Dec-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
BUNGA DI HALAMAN MERTUAKU



Assalamulaikum
Kali ni saja jer nak cerita tentang bunga2 yg sempat hubby potretkan di halaman rumah mertuaku…
Rupa2 nya hubby ku ni pun suka bunga juga yer…(baru la ayang tahu hehehe)

Tapi secara peribadi ct memang suka bunga2 ni cuma sekarang ni belum ada kesempatan nak buat mini kebun kat depan rumah ni…bila nak gi beli je pasu selalu melencong ke tempat lain…hehehe

Insya Allah awal tahun depan ct nak realisasikan hobi baru ni iaitu menanam pokok bunga (walau pun hakikat nya diriku tinggal di apartmet tingkat dua hahaha)
minta2 la menjadi Amin...









[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net