welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 5-Jan-2009 12:26 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN KE MELAKA, TANGKAK DAN KL (2)



Assalamualaikum dan salam cinta di love lane…

Ok kita dah pun masuk ke episod kedua bagi Edisi Rombongan ke Melaka, Tangkak dan juga ke KL. Kali ni kisahnya banyak berkisar tentang pertemuan ct dan salmah.

Sebelum tu ct nak cerita sikit tentang salmah dalam hidup ct, kami bersahabat sejak tahun 1998 lagi. Waktu tu kami sama2 mendaftar diri untuk penginapan Kolej di ITM (masa tu belum UiTM lagi tau). Tapi Salmah dapat Kolej Cempaka ct pula ditempatkan di Kolej Kenanga. Walaupun Kolej Cempaka Kenanga tu sebuah Kolej yg sama tapi jarak kami agak jauh la juga.

So selama 6 semester (3 tahun) kami banyak berkongsi suka duka bersama, gaduh pun pernah tapi gaduh2 manja gitu hehehe… banyak rahsia ct yg salmah tahu dan begitu juga la sebaliknya. Bak kata orang bila sal menangis ct pun menangis sama la…begitu akrabnya persahabatan kami.

Kalau diikutkan salmah adalah sumber kekuatan ct masa zaman di shah alam dulu. Ct ni penakut dan lemah sangat sampaikan kalau nak balik penang ct selalu bergantung harap pada sepupu ct yg sama belajar di UiTM, tapi sepupu ct tu senior setahun dari ct.

Tapi tu la kan sampai bila kita nak bergantung harap kat org walaupun sepupu kita sendiri kan, so salmah la yg banyak bagi peransang dan juga nasihat untuk ct belajar berdikari dan jadi seperti ct yg ada sekarang… Syukur Alhamdulillah, jasa salmah akan ct kenang sampai akhir hayat.

So di sini ct ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih ct untuk sahabat tersayang salmah, semoga persahabatan kita ini kekal abadi hingga ke hujung nyawa Insya Allah.

Berbalik kepada pertemuan kami di Bandar Hilir Melaka, masa kami bertolak nak ke sana jalan raya punya la sesak dan banyak juga jalan2 ditutup untuk majlis pada malam nanti iaitu “Rumah Terbuka Malaysia Sempena Sambutan Krismas”. Ramai sungguh manusia sedang membanjiri kawasan tersebut. Ct kat dalam bas ni rasa macam nak berputus asa jer tau, rasa sedih sangat kalau tak dapat jumpa ngan salmah…hubby pula tak putus2 pujuk katanya “Insya Allah kalau ada rezeki mesti jumpa dengan salmah” (TQ honey kerana sudi memahami ).

Akhirnya jam 4.15 petang kami dapat juga ke masuk ke kawasan parking di Bandar Hilir, dan yg paling seronok nya tiba2 salmah muncul apa lagi saling berpelukan la ct dan salmah. Rindu betul kat salmah. Hehehe hubby pula sempat merakamkan detik bersejarah kami berdua kelakar la pula.

Masa tu ct dah terlupa pada ketiga2 anak sedara ct hahaha punya la kelakar (tak guna punya aunty hahaha ) nasib baik la hubby ct very understanding so dia beri kami ruang untuk chit chat dan hubby pula bawa anak2 sedara pusing2 di sekitar kawasan A Famosa dan sekutunya hahaha. Ct dan salmah pula macam biasa la cari port untuk memulakan acara luahan perasaan hahaha…

So jom la tengok apa yg ada di sekitar Bandar Hilir Melaka ni dan juga pertemuan dua sahabat yg ala2 jejak kasih gitu hahahaha…enjoy!



Eye On Malaysia berdiri dengan megahnya di tengah2 bandar raya Melaka



Pokok Buah Melaka serta buah nya sekali pun hubby ct sempat amik gambar nya hehehe



Anak2 buahku memulakan aktiviti berposing



Keindahan sekitar Bandar Hilir Melaka



Mimi dan syamim in action



Banyak betul muzium di Melaka ni sampai tak sempat nak melawat kesemuanya hahaha



Kini tiba la giliran pasangan merpati dua sejoli pula nak berposing



Bila dua sahabat lama bertemu dunia ini bak milik sendiri la katakan



Bergambar bersama salmah sahabat tersayang

Lepas kami hepi2 di Bandar Hilir perut pun berkeroncong lapar, so on the way nak balik tu cadangnya konon nak singgah mana2 kedai makan tapi tiba2 kami semua terpandang ada pasar malam di kawasan pasar Alor Gajah, so kami pun serbu la …ada yg makan terus di situ dan ada yg tapau.

Ct dan hubby tapau jer sebab nak mandi dulu la sebelum makan, baru la rasa fresh kan hehehe…tapi sebelum tu sempat lagi kami bergambar di kawasan pasar malam tersebut hahaha…layan jer la yer…



ini la dikatakan wajah yg dalam kelaparan



erm...yummy sedap nya



Sunday, 4-Jan-2009 01:10 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN KE MELAKA, TANGKAK DAN KL (1)



Assalamualaikum dan salam tahun baru untuk semua rakan2 FP sekalian.

Pada 26 Disember 2008 yg lepas, ct dan suami telah mengikuti satu rombongan yg di selenggarakan oleh hubby ct sendiri (ketua rombongan la pula) hehehe . Actually rombongan ni memang selalu diadakan setiap hujung tahun. Menurut hubby tahun lepas dia org semua ke Terengganu, tahun 2008 ni destinasi nya dekat la sikit ke Melaka la pula…

Tahun 2007 yg lepas ct tak dapat ikut sebab al-maklum la masa tu kami berdua masih PJJ (perkahwinan jarak jauh ), so tahun ni ct tak lepaskan peluang la untuk turut serta mengikuti rombongan tersebut. Rombongan ini diikuti oleh kakitangan Sekolah Teknik Butterworth (bahagian admin) beserta family masing2. Memang meriah betul macam ala2 aktiviti kelab keluarga gitu…ct dan suami pula bawa anak2 sedara kami (anak kakak hubby) tiga orang semua nya.

Kami bertolak dari Penang jam 10.30 malam hari Jumaat dan destinasi kami sudah tentu ke Alor Gajah Melaka. Macam biasa la bila pergi rombongan ni tak sah kalau tak berhenti di R&R, so kami pun berehat sekejap di R&R Bukit Gantang. Hubby, ct dan anak2 sedara pekena nasi lemak dan teh O. Bukan apa hujan dari petang tadi memang kami semua jadi lapar hahaha .

Dalam jam 5 pagi kami dah pun sampai ke Melaka. Tapi disebabkan kami tak tahu di mana letak nya “homestay” yg bakal kami menginap so kami semua pun merayau2 di sekitar Bandar Alor Gajah kononnya nak cari tempat yg dituju.

Tapi tu la kan dah nama pun org luar dari Melaka dah tentu la kami ni sesat hahaha…
So kami semua amik keputusan untuk solat subuh dulu dan berhenti seketika untuk bersarapan pagi. Setelah perut pun dah diisi perjalanan diteruskan dan Syukur Alhamdulillah akhirnya kami semua sampai dengan selamatnya ke rumah “homestay” Utas Travel di Alor Gajah…

Tapi tu la kerana terlalu penat ct terlupa pula nak amik gambar rumah homestay tersebut dan hubby telah mengambil dua pintu rumah banglo dua tingkat untuk kami semua diami, maklum la kami semua ramai kan...

Keadaan rumah yg kami semua diami tu memang selesa lagi pun hubby amik “master bedroom”. Dalam jam 9.00 pagi kami berehat, mandi dan tidur sebentar untuk melepaskan lelah masing2. Jam 2.00 petang nanti kami akan bertolak ke Bandar Hilir Melaka…dan ct pun dah buat temujanji dengan sahabat tersayang siapa lagi kalau bukan Cik Salmah…

So jom kita semua nantikan kemunculan ct dan salmah di FP love lane ni yer… dan jangan lupa nantikan lagi episod2 yg seterusnya…tunggu…layan…



jom berposing walau pun waktu dah menunjukkan jam 1.00 pagi



tengah makan pun boleh berposing tau



panas yer syamim air teh O tu...tiup jgn tak tiup



kawan2 hubby sedang menjamu selera dan juga anak2 buah ku berposing sakan



ini la dia anak2 buah ku mimi, syahmim dan juga sopi



tengok tu bila dah kenyang mula la malas nak bangun hahaha



banyak nya buah...rasa macam nak borong semua jer tau



setelah bersarapan mata pun ngantuk la ni...



hari pertama bersarapan di Alor Gajah Melaka



Tuesday, 30-Dec-2008 03:25 Email | Share | | Bookmark
ALYA BERJUBAH DI HARI RAYA AIDILADHA



Pada sambutan Hari Raya Adil Adha yg lepas ct dan suami macam biasa la balik ke rumah mertua di Tasek Gelugor kami ke sana selepas selesai Solat Sunat Aidil Adha di masjid daerah Telok Air Tawar. Kali ni family ct dan family Alya jer yg sampai di kampung awal pagi , yg lain semua nya akan sampai petang nanti. Ct dan hubby pula petang nanti nak balik ke Sungai Gelugor la pula…(nasib baik la dekat jer kalau tak jenuh dok kena guna system giliran kan hahahaha)

So kami pun tak lepas kan peluang untuk amik gambar Alya yg berjubah comel sangat tau hehehe…ala2 anak pak arab jer gayanya tu hehehe

Jubah tu nenek Alya yg belikan (ibu kepada ayah Alya) semasa menegerjakan haji tahun lepas. So tahun ni Alya pun tak lepaskan peluang la untuk mengayakan jubah tersebut bersama-sama tudung yg sangat comel…

Ok la ct pun tak nak cerita panjang2 sebab suka sangat tengok wajah Alya berjubah dan bertudung ni comel sangat tau hehehe, jom layan jer la yer

Quote:
Di kesempatan ini ct dan suami ingin mengucapkan “Salam Maal Hijriah 1430 H” serta “Selamat Menyambut Tahun Baru 2009” kepada semua warga FP dan sahabat2 sekalian dengan harapan semoga di tahun baru nanti kita semua sematkan azam baru demi kemajuan dan kebahagian hidup masing2 Insya Allah…












Wednesday, 24-Dec-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
POKOK DUIT



Assalamualaikum dan salam cinta dari love lane…
Kali ni ct nak cerita tentang impian ct untuk membuat sebuah mini kebun di rumah hampir terlaksana syukur sangat hehehe…

Ini semua berkat kenyakinan suami tercinta kerana telah menghadiahkkan sepasu “pokok duit”
(TQ so much yer sayang I love u hehehe).
Tapi sebelum kita bercerita lanjut tentang kisah ct apa kata kita berkenalan dulu dengan “pokok duit-duit” ini yer, jom…

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

PENANAMAN DAN KEGUNAAN

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

(petikan artikel ini dari http://fazlisyam.com)

Ok ini pula kisah ct hehehe…

masa nak gi beli pokok ni ct dan suami konon nya decide nak gi kat kedai nursery pokok jer, tapi entah macam mana lepas habis shopping kat Tesco Extra Seberang Jaya (gi beli barang2 Cosway jer pun hehehe ) tiba2 kami berdua terpandang sebuah taman mini kat depan pintu keluar Tesco tu cantik la pula…apa lagi kami berdua pun hayunkan langkah untuk ke sana hehehe ada 3 anak dara comel2 belaka sedang sibuk menjual pokok2 bunga.

Hish…ct punya la rambang mata tak tahu nak pilih pokok mana sebab semuanya cantik2 belaka…kalau boleh nak borong semua sekali (banyak ke duit hahaha)

Pada mulanya kami pilih pasu untuk dibuat semaian pilih punya pilih akhirnya kami terpandang pokok yg telah disemai dan sedang membesar dengan cantik…hehehe apa lagi pilih yg tu jer la jawap nya…

Setelah di dekorasi dengan batu2 kecil dan ditambah baja semuanya berharga RM 50.00. setelah selesai pembelian dan dibawa pulang, maka pokok itu telah pun berada di hadapan rumah kami berdua…its’ so lovely…ini baru langkah pertama…so tunggu la pokok2 yg seterusnya bakal menjelma tak lama lagi Insya Allah…

Jom tengok ahli keluarga baru kami ini “pokok duit-duit” yg ct bagi nama manja iaitu “pokok cinta(1)” layan….

Quote:
erm...bila ct baca artikel ni ct pun dah keliru akan nama pokok ini, ada yg gelar "pokok duit" dan ada juga yg mengelarkan nya "pokok duit-duit"
tapi apa pun tak kisah la janji namanya pokok yg berduit hahaha








tengok tu punya la banyak pilihan cantik2 semuanya



yang tergantung ada ada yg berpasu pun ada hehehe



akhirnya ini yg menjadi pilihan hati kami berdua



Monday, 22-Dec-2008 05:54 Email | Share | | Bookmark
ROSEL (HIBISCUS SABDARIFFA L)



Assalamualaikum...
Kali ni ni kita berkenalan pula dengan pokok Rosel atau nama botaninya Hibiscus Sabdariffa L. Pokok Rosel ini juga dikenali dengan nama2 lain iaitu Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris) dan sorrel. Pokok Rosel ini diketegorikan sebagai famili Malvaceae.

Sebagai pengenalannya Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat serta kegunaanya ialah Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

Berbalik kepada cerita ct pula yer...sehari sebelum sambutan Raya AidilAdha hubby ct bawa balik sebakul buah2 rosel untuk dibuat jus. Semuanya hubby la yg buat kan (macam biasa la hehehe) dimulakan dengan proses membasuh buah2 rosel, mengopek kelopaknya nya dan biji nya dibuang sehingga la direbus ke dalam periuk yg agak sederhana besar nya. Semasa proses merebus tu gula pasir dimasukkan mengikut sukatan yg telah ditetapkan selain itu tiada bahan pengawet lain dimasukkan ke dalam air rebusan Rosel ini.

Setelah selesai proses merebus, hubby ct keluarkan kelopak2 tadi dan ditoskan sejuk sebentar kemudian proses seterusnya ialah mengisar sehingga lumat dah airnya ditapis dan dibuat jus. Kalau tak kisar pun tak per lepas rebus tu dah kira ok dah, cuma hubby ct terlebih rajin hehehe...
Hampas nya hubby tak buang malah di proses pula sehingga menjadi jem (untuk sarapan pagi kami seharian hehehe)

Boleh dikatakan jus Rosel ini baik untuk kesihatan kerana tiada sebarang pengawet atau pewarna digunakan, rasa nya pula seakan Ribena memang sedap.Cuma kita kena la sentiasa simpan dalam peti sejuk sebab ia akan cepat menjadi masam.
So jom la tengok gambar2 yg hubby ct sempat snap ok...layan...











[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net