welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Jan-2009 02:54 Email | Share | | Bookmark
SAMBUTAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA



Assalamualaikum,

Terlebih dahulu ct dan suami ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas semua doa dan ucapan yg diberikan oleh teman2 FP sekalian, terharu sangat. Terima kasih banyak2 yer…jasa kalian insya Allah akan ct dan suami kenang hingga ke hujung nyawa kami.

Ok kali ni ct nak cerita serba sedikit bagaimana kami berdua menyambut hari ulangtahun ini secara bersederhana (tgh jimat cermat ni hehehe ). Pada 13 Januari iaitu sehari sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan kami ini hubby telah membeli sebiji kek perasa kopi memang sedap. So maknanya kek tu dah dipotong sehari sebelum sambutan la kan hehehe… tapi kami tak amik gambar la sebab masa tu acara pun tak rasmi dan sangat2 bersantai hehehe…

So pada hari yg sebetulnya, kami berdua pun membuat janji temu (ala-ala dating gitu ) di Bandar Sunway. Seronok pula ct rasa sebab masa ct dok bersiap tu hubby belum balik dari office lagi, rasa macam nak gi dating ngan pak we la pula hahaha (memang la pak we hingga akhir hayat kan hehehe Insya Allah ).

So tema kami blue colour. Saja jer pilih warna biru untuk ketenangan dan keharmonian. So kami pun decide untuk dinner di Restoren Rasamas jer. Jimat, cepat dan ringkas. So menu telah pun dipesan dan kami pun mula la acara berposing sambil bercerita tentang kisah cinta kami yg lepas2 hehehe memang ada yg tersenyum, sedih dan banyak nya ketawa la hahaha…

Lepas dinner acara biasa la kan shopping hehehe… hubby beli dua pasang baju linen ct pula cuci mata jer, bukan apa minggu depan dah birthday ct so kena la bersabar tunggu apa yg akan dapat SURPRISE!! Lagi pun kata orang bersabar itu membawa keberkatan dan keuntungan yang lebih belipat kali ganda.

So jom la kita tengok gambar2 yg sempat ct dan hubby abadikan sempena Sambutan Ulangtahun Perkahwinan kami yang Ke-3…layan…



ini la kek anniversary kami memang sedap rasanya maklum la perasa kopi



ayat2 cinta yang sangat2 romantik



erm…yummy sedapnya



sementara menuggu makanan apa kata kita berposing dulu yer sayang



posing lagi memang tak der kerja lain la kita orang ni



Ya Allah berikanlah kami berdua kebahagian di dunia dan di akhirat dan kurniakan lah kami cahayamata yg sempurna dan comel AMIN…



permandangan di sekitar restoren rasamas



cantikkan dia orang deco untuk sambutan raya cina



Tuesday, 13-Jan-2009 23:42 Email | Share | | Bookmark
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA(14 Januari)



Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah hari ini genap la tiga tahun usia perkahwinan ct dan suami tercinta. Walaupun pelbagai rintangan yang melanda namun berkat kesabaran dan ketabahan kami berdua, syukur semuanya dapat diatasi dengan baik.

Sepanjang tiga tahun kami melayar bahtera kehidupan sebagai suami isteri, banyak perkara yang kami belajar dari diri masing-masing. Kami lebih mengenal siapa diri kami sendiri dan siapa diri pasangan kami. Ini la dikatakan kehidupan berumahtangga sesungguhnya penuh dengan cinta,kasih dan sayang yg sentiasa perlu dibaja dan disiram dengan kepercayaan, keikhlasan dan juga kejujuran.

Walaupun kami telah bersama selama tiga tahun namun kami belum diberi rezeki untuk menimang cahayamata, mungkin belum diberi kepercayaan oleh Yang Maha Esa untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa lagi agak nya , namun kami berdua sentiasa berdoa dan berusaha untuk memilikinya satu hari nanti Insya Allah. Kata orang anak itu penyeri sesebuah rumahtangga…

Berbalik kepada kisah cinta kami, kami berdua mula berkenalan hujung tahun 2002, itu pun melalui kawan2. Kalau tak salah masa tu ct baru jer daftar masuk semula ke UiTM dan suami pula daftar ke UUM. Tapi sebelum tu kami sebenarnya sama2 bekerja di bawah satu banggunan iaitu KOMTAR, cuma yang memisahkan kami tingkatnya dan juga jabatannya. Masa tu ct dtempatkan di Jabatan Mufti tingkat 45 dan suami pula di tingkat 26 iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Tapi yg kelakarnya kami tak pernah berjumpa. Sampai la kami berdua dah berhenti untuk sambung pengajian masing2 baru la kami berdua bertemu iaitu pada tanggal 3 Mac 2003.

Selepas pertemuan kali pertama tu kami teruskan persahabatan tanpa sebarang perasaan cinta. Namun dah dikatakan jodoh rupanya perasaan cinta tu datang dengan sendiri nya, tak perlu dipaksa la kata orang tu hehehe

Sehingga la tahun 2004 bulan Mei kami mengikat tali pertunangan, dan hujung tahun 2005 bulan November kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Tapi kata orang nikah gantung dulu,14 Januari 2006 baru la kami disandingkan dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri dengan sahnya, Syukur Alhamdulillah. Pada keesokkannya 15 Januari pula di rumah mertua bagi majlis menyambut menantu dan seminggu selepas tu pada 22 januari (sehari selepas hari lahir ct) kenduri di rumah nenek hubby yang kini dah pun kembali ke rahmatullah pada Disember tahun 2007. Ini la saat yang paling manis bagi kami berdua semoga ianya kekal dan terpahat hingga ke hujung nyawa kami Insya Allah.

Setelah selesai semua majlis kami berdua sempat tinggal sebumbung sebulan sahaja kerana pada bulan Mac 2006 ct telah menetap di KL atas tuntutan kerja, ini la dugaan yang paling menguji kesetiaan dan juga keikhlasan kami. Namun ct amat bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat2 mencintai dan mempercayai ct, segala cita2 dan kemahuan ct tak pernah dihalang dan ct amat terhutang kasih kepada suami kerana meninggalkannya demi mengejar cita2. Kini ct dah pun kembali ke pangkuan suami yang ct cintai dan akan terus bersama hingga ke hujung nyawa AMIN.

Maka dengan itu kami akan sambut anniversary kami berdua pada tanggal 14 Januari setiap tahun kerana bagi kami tarikh ini amat bermakna buat kami. So jom la layan gambar2 kenangan kami berdua yang masih menyemai cinta, menyulam kasih dan mengikat kesetian…layan….

P/s: lagu ini merupakan lagu tema cinta kami tahun sedari 2003

Quote:
Aku Cintakan Mu

Aku cintakan mu
Dari jiwa
Dan menular sampai jauh
Ke dasar hatiku

Aku cintakan mu dengarkanlah
Degup jantung dalam dakapanmu

Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara

Tahun demi tahun akan mengujiku
Namun kasih kukuh bertakhta di hati

Pada ketika terlanjur kata
Jangan dibiarkan tersemat di hati

Ku cintakan mu
Sepenuh jiwa
Ku cintakan mu
Untuk selamanya

Hanya padamu aku curahkan
Tidak tersimpan walau sedikit pun

Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara
Ziana Zain




kenangan di musim bercinta, masa ni dunia ibarat kami yang punya hehehe tapi masih ada batas nya tau…



diri dah pun disunting orang dan telah bergelar tunangan kepada kekasih hatiku IM suka nya aku hehehe



upacara membatalkan air sembahyang macam tak percaya jer kini aku dah pun bergelar MRS.IM hehehe



“sayangi daku,peluk la daku, janji dengan ku, semai cinta yang satu…”hari aku dan IM bergelar raja sehari semua kerja rakyat jelata yang buat yang kami tahu berposing jer la hehehe



aku kini dah pun mempunyai ibu dan ayah mertua yang mesti aku sayangi seperti ibu dan ayah ku sendiri…Alhamdulillah kini hidupku hampir sempurna AMIN…



Monday, 12-Jan-2009 02:37 Email | Share | | Bookmark
MAKAN-MAKAN DI TESCO SEBERANG JAYA



Assalamualaikum dan salam sayang dari ct untuk semua warga FP

Topik ct kali ni tentang makan hehehe yummy sedap betul tau…biasa la kalau tak kena makanan claypot dalam sebulan memang tak sah…

Kalau dulu ct boleh makan tiap2 hari tau tapi sejak konon2 tengah berdiet ni sebulan sekali jer la jaga kesihatan dan kecantikkan la konon hahahaha….

Tapi betul la bila kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat badan akan rasa lebih bertenaga dan wajah pula makin berseri wah..wah..wah..promosi gitu hehehe.

Ok la berbalik kisah ct dan suami makan makanan ala claypot ni kat tesco seberang jaya. Kami berdua ke sana ditemani oleh mama ct dan juga dua orang adik ipar ct yang kebetulan datang tidur kat rumah ct dan suami.

Kami ke Tesco dalam jam 5 petang, so shopping apa yang patut lepas tu terus gi makan. Masa duduk kat meja makan tu mata meliar jer tengok semua menu sedap2 belaka rasa kalau boleh nak rasa semua sekali tapi takut meletup pula perut ni ha hehehe…

So mama ct macam biasa setia pada mee rebus nya, ct pula tak lepaskan peluang nak makan Maggie tom yam ala claypot, konon dah mengidam sangat la kan hahaha, hubby pula Maggie claypot sama dgn adik2 ipar ct dan airnya pula jus buah longan.

So jom la tengok kami makan yer hehehe moga terliur hahaha











Thursday, 8-Jan-2009 23:52 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN KE MELAKA, TANGKAK DAN KL (4)



Assalamualaikum …

Ini merupakan entry terakhir bagi edisi Rombongan ke Melaka, Tangkak dan KL. Tapi kali ni cerita banyak tentang kemeriahan di dalam bas hehehe…

Setiap kali ada majlis atau rombongan yang paling seronok dah tentu la golongan kanak-kanak. Macam2 dia orang minta dengan parents dia orang. Benda yang diminta dah tentu la barang2 permainan kan hehehe…

Ok la secara peribadi ct suka aktiviti rombongan seperti ni, selain kita dapat mengenal dengan lebih dekat kawan2 suami kita, kita juga dapat mengeratkan hubungan sesama manusia dan yang paling penting makin bertambah la koleksi kawan2. Selama ni ct tak berpeluang untuk berbual mesra dengan kawan2 sepejabat dengan hubby, kini dah boleh buat teman untuk berkongsi cerita, seronok juga kan hehehe…

So ct tak nak mengomel panjang2 apa kata kita layan jer la wajah2 ceria, mengantuk, kesejukkan dan kepenatan di dalam bas hehehe..enjoy!!



gambar ni diambil sewaktu bas mula bergerak meninggalkan Butterworth, bukan main khusuk lagi dia orang melayan cerita seram “Kuntilanak” dan ini la bas yg membawa kami ke destinasi yg telah dirancang



begini la suasana di dalam bas, acara chit chat tak pernah berhenti, kalau diam tu maknanya semua dah tertidur la hehehe



kami berdua pun tak lepaskan peluang untuk berposing , tengok tu kanak2 dah mula mengumpul permainan mereka hehehe



wajah-wajah yang mengambarkan keceriaan



ini pula acara anak2 kecil berposing bersama belon permainan masing2



hehehe… sejuk betul keadaan dalam bas ni…dah la kat luar tu hujan kat dalam ni mula la berselubung kan hahaha



jom layan perasaan sebelum bas ni sampai ke Butterworth yer




Tuesday, 6-Jan-2009 23:50 Email | Share | | Bookmark
ROMBONGAN KE MELAKA, TANGKAK DAN KL (3)



Assalamualaikum dan salam cahaya cinta buat semua sahabat ku di dunia FP…

Bertemu lagi kita untuk episod seterusnya dalam siri Rombongan ke Melaka, Tangkak dan KL.
Wah…wah…wah… ayat skima gitu maklum la dulu ct ni ada cita2 nak jadi seorang penulis novel kah..kah..kah.. tapi tu la kan hasil tulisan ct telah dimakan dek anai2 masa ct tinggal kat shah alam dulu sedih tau huhuhuhu….

Ok la berbalik kepada cerita ct yer, 27 Disember berlalu dengan sejuta senyuman. So dah masuk la 28 Disember pula…pagi2 lagi kami semua bangun bersihkan diri, solat subuh dan bersiap untuk ke destinasi yg seterusnya.

Pada rancangan awal kami semua sebenarnya nak ke Nilai 3, tapi disebabkan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Negeri Sembilan maka rancangan asal telah ditukar ke rancangan berikutnya iaitu ke Tangkak.Bukan apa takut kedai2 kat Nilai banyak yang tutup sempena menghormati kemangkatan Pembesar Negeri mereka.

Biasa la kalau datang jauh2 macam ni tujuan asalnya tak lain tak bukan "Shopping" la kan hehehe… so sebelum bertolak kami pun bersarapan pagi dulu di restoren yg berhampiran tempat penginapan kami iaitu di sekitar jalan Melaka Perdana.

Tengok la gambar2 kami semua yg sedang enak menjamu selera, ct dan anak2 buah amik menu nasi lemak ala Melaka, hubby pula nak cuba lain dari yg lain iaitu lontong. Suasana kat dalam restoren tu tersangat la meriah ngan suara2 kami yg bercakap loghat penang hahaha… sampaikan tuan empunya kedai tu ketawa la melihat telatah kita orang semua hahaha…

Setelah selesai menjamu selera, kami pun bertolak la ke Tangkak dan yg paling memeranjatkan ct, di Tangkak ct telah bertemu dengan sorang lagi rakan FP kita iaitu Kak Ina…tak sangka tau sebenarnya hehehe .

Masa ct masuk salah satu kedai tu konon dok pilih kain ela la kan…tiba2 mata terpandang dengan seorang wanita yg sedang berbual manja dengan suami tercinta (tengah pujuk nak beli kain la tu hahaha sori yer kak ina ampun ) rasa macam pernah tengok tapi di mana yer???

Ct pun bisik la kat hubby rasa macam kenal la kakak tu…hubby kata pergi la tegur…hehehe ct ni kan pemalu sikit orang nya, yg kelakar tu ct takut salah orang ct punya pusing kat area kak ina dekat 3 kali hahahaha… akhirnya ct memberanikan diri dan terus menegur kak ina …terjadi la satu lagi episod perjumpaan ala2 jejak kasih di kedai kain di Tangkak…Sebagai kenangan kami telah pun mengabadikan potret bersama2 hehehe…

Sempat la juga kami berborak mesra gitu (sampai ternganga amoi yg jual kain tu dibuatnya hehehe ). Secara peribadi ct tentang kak ina ni yer, comel orang nya mulus jer kulit wajah nya. Memang peramah sangat rasa macam dah kenal bertahun tahun lamanya…suami kak ina pun apa kurangnya baik budi bahasa peramah betul la suami isteri ni…insya Allah yer kak kalau ada peluang nanti kita bertemu lagi di area tempat kita ni yer UTARA hahaha .

Selepas jenuh membeli belah (ct dan hubby sempat la beli 4 pasang kain untuk mama,mertua dan dua orang mak cik ct di penang dan barang2 keperluan rumah yg lain), kami pun bertolak la ke destinasi berikutnya iaitu Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur kami cadang pada mulanya tak nak la beli apa2 pun, maklum la "burung pulang ke sangkar" la katakan hehehe (sangkar lama daaa…. )tapi bila masuk je kat SOGO Masya Allah apa yg dirancang dah jadi lain hehehe ct ngan hubby tak lepaskan peluang beli “comforter and bedsheet set” kalau ikutkan harganya RM 797.00 memang tak mampu la kan hahaha tapi dah di sale ke RM 150.00 hish, memang berbaloi ni…kalau ikutkan hati nak amik dua tapi hubby cakap “jimat yer yang” hahahaha .

Masa tinggal kat KL dulu setiap hujung minggu hubby datang mesti kami akan “dating” di kedai Ani Sup Utara di Bangunan Mara. So menu kami pada petang tu dah tentu la di tempat dating kami tu hehehe kata orang mengembalikan nostalgia bersama semula la kan hahaha…
Macam biasa menu kami nasi dah sup daging. Memang tak terkata anak2 buah kami makan sedap,pedas dan juga mengenyangkan hahaha…

Tepat jam 7.00 malam kami pun bertolak la pulang ke Butterworth. Tapi singgah sekejap untuk menunaikan solat maghrib di Perhentian R&R Sungai Buluh. Sempat berposing lagi tu kami berdua. Anak buah semua sedang melayan perasaan di dalam bas, maklum la dah kenyang mata pun mengantuk la kan, cuma dia orang turun ke toilet jer la.

so jom la layan gambar2 yg sempat hubby ct abadikan untuk entry kali ni…enjoy!!

Gambar Bersarapan



tengok tu meriah betul suasananya hehehe



bila dah kenyang semua dah tersandar kat kerusi



sebagai tanda kenangan hubby merakamkan nama jalan ke rumah homestay Utas Travel di Alor Gajah

Perjalanan ke Tangkak



jom shopping di Tangkak



steady la abang driver kita cayalah



ini la pekan Tangkak



sampaikan getah scrub pun hubby amik gambar (ini kali pertama ct tengok getah scrub hehehe )



ini la Kak Ina dan yg kat belakang tu suami dan anaknya...maintain cute lagi hehehe

Kuala Lumpur



Keindahan Kuala Lumpur



bila masuk jer Kuala Lumpur ni mesti la kena tempuh kesesakkan lalulintas



ini la menu kami nasi bersama sup daging memang sedap yummy...

Perhentian R&R Sungai Buluh



posing time



mengembalikan nostalgia tahun 2005 I love U Honey



keindahan Sungai Buluh di waktu malam



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net