welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Feb-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI GOTONG ROYONG DI KAMPUNG SUAMIKU

Assalamualaikum dan salam kerinduaan kepada semua rakan2 FP

Hehehe maklum la agak lama juga tak meng Update kan FP ku ini
bzz betul la katakan hahaha . Untuk pengetahuan semua ct sekarang dah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris GSTT (sadaran je dulu hehehe) di SMK Bakti Tasek Gelugor sementara nak minta KPLI cari pengelaman dulu . Ct bertugas sebelah pagi dan manakala di sebelah malam pula ct dan suami meniaga nasi lemak untuk student2 yang tinggal di asrama sekolah teknik butterworth memang bzz betul sekarang ni hahahaha , tp meniaga tu ikut permintaan jer kalau student balik kampung kami pun cuti la horay!! Hahaha… saja suka2 mengisi masa lapang yg terluang ni hehehe...

bukan apa malam2 student selalunya lapar, dia orang yg request, warden lagi sorang tu meniaga burger so kami berdua student minta nasi lemak so dah ada peluang ni rembat jer la hahaha . bila lagi nak jd kaya kan hahaha

So berbalik kepada cerita yang sebenarnya, kali ni ct nak story kisah aktiviti gotong royong di kampung hubby. Kalau tak silap aktiviti tersebut berlansung pada hari raya cina yang lepas hahaha kira ketegori gambar basi la ni…sabar jer la yer…

Aktiviti gotong royong ni memang selalu juga di lakukan di kampung hubby tapi untuk tahun 2009 ini la yg kali pertama penganjurannya. Pada hari tersebut kaum wanita pula mengambil kesempatan untuk memasak bubur asyura. tapi yg sedihnya ct tak dapat turut serta semasa aktiviti tersebut dijalankan atas sebab kesihatan yg kurang mengizinkan .

Makanan tengah hari juga disediakan untuk semua yg terlibat dan yg bestnya penyediaan untuk makan tengah hari ini disiapkan secara bergotong royong juga. Ini la dikatakan mufakat membawa berkat.

So jom la layan gambar2 yg telah di sediakan untuk tatapan semua…layan…

Quote:
ct minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak buat tugasan tag...di harap siapa yg meng tag ct tu jgn la serik yer untuk memberi tugasan lagi untuk ct, insya Allah kalau ada kesempatan ct pasti buat yer hehehe




sebelum aktiviti bermula mesti sediakan semua kelengkapan alatan untuk digunakan dan juga tak lupa nama mereka yg terlibat juga dicatatkan



marilah kita bergotong royong



begitu tekun membersihkan kawasan kampung



kaum hawa juga tidak ketinggalan untuk turut serta kira memberi sokongan untuk kaum adam gitu



jom kita makan dulu hehehe



menu ala kampung memang sedap


Friday, 6-Feb-2009 12:51 Email | Share | | Bookmark
HADIAH-HADIAH YG TELAH KU TERIMA & KOLEKSI POKOK-POKOK TERBARU

Assalamualaikum,

Pertama sekali ct nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan2 FP yang sudi mengucapkan ucapan hari lahir untuk ct dan sudi juga mendoakan kesejahteraan ct dan suami…terima kasih banyak2 yer…jasa kalian amat ct hargai.

Ct juga nak ucapkan jutaan terima kasih untuk sahabat FP ct iaitu “mama aniq” di http://aniqautocity.fotopages.com kerana sudi memberi hadiah online yang sangat2 sweet…terharu sangat…terima kasih sekali lagi yer…tahun depan bagi la lagi hahaha…begitu juga dengan hadiah on line dari puteri lia fotopages di http://ainasarajasmin.fotopages.com terima kasih banyak2 yer tahun depan jgn lupa bagi la lagi hahahaha….

Dan yg paling istimewa hadiah dari kak Azue kita http://azueriena.fotopages.com tapi hadiah ni bukan secara on line tapi secara pos…terima kasih banyak2 kak …terharu ct sangat2 sebab hadiah akak tu kebetulan sampai tepat pada hari lahir ct (21 Januari) sungguh2 teruja rasanya…TQ once again yer kak…hehehe tapi kan serunding yg akak bagi tu tak sempat ct nak snap gambar hari tu juga dah habis hahahaha tengok tu betapa sedap nya serunding tu hehehehe…terima kasih sekali lagi yer kak…

Ok la, kali ni ct nak berkongsi cerita tentang koleksi pokok-pokok terbaru yang kini bermaustatin di rumah kami berdua. Kedua-dua pokok ini ct namakan cinta (2) dan cinta (3) dan begitu la nombor2 yang seterusnya (jika ada tambahan lagi untuk pokok2 yang akan datang….tungguuuu…). Tapi kedua-dua pokok ini ct letak dalam rumah iaitu di bilik tetamu. Sayang pula nak letak di luar dah la kecil comel jer kan hehehe...(macam tuan nya hahahaha belagak sekejap)

Ct dan suami akan pastikan pokok2 kami ini disiram sehari dua kali…iaitu awal2 pagi dan juga malam. Bukan apa untuk memastikan yang pokok2 kami ini membesar dengan segar dan cantik.
So jgn buang masa apa kata kita layan gambar2 di entry kali ni yer…

Quote:
Ct nak minta maaf banyak2 sebab kali lambat pula update hehehe maklum la sekarang ct tersangat la bzz sejak bergelar wanita bekerjaya dan usahawan kah…kah…kah…(kononnya la kan ).
Tapi ct harap kawan2 jgn la jemu menanti yer…sokongan kalian membuatkan ct bersemangat untuk sentiasa mengupdate FP ni hahahaha….




hadiah dari baby aniq yg sangat cute…



hadiah ini pula dari puteri lia…TQ so much…



hadiah dari kak azue, terima kasih banyak2 yer kak…

GAMBAR POKOK2 KESAYANGAN KU





Tuesday, 27-Jan-2009 05:50 Email | Share | | Bookmark
SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRANKU SECARA BERSEDERHANA(21 JAN 2009)



Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua sahabat2 di dunia FP sekalian…

Ok kali ni ct nak story tentang sambutan ulangtahun kelahiran ct yang ke 31 baru2 ini. Hubby ct sponser cake perasa coklat memang sedap beli kat kedai area Kompleks Dato Kailan di Kepala Batas.
Lepas tu hubby juga ada menghadiahkan seutas gelang Kristal memang cantik sangat. TQ yer sayang I love u, tahun depan beli la lagi yer hehehehe…

So agenda pada malam tu, hubby bawa ct dan mama gi makan kat Noodle Station yang terletak di area Bertam. Banyak betul menu kat situ sampaikan ct ngan mama tak tahu nak pilih yang mana satu hehehe…

Tapi disebabkan ct tersangat lapar pada malam tersebut, ct pun pesan la nasi goreng ala tom yam memang sedap, mama pula mee goreng ala mamak dan hubby ct erm.. tak tahu la apa nama menu nya memang unik dan sedap (ct rasa dari mangkuk hubby sikit hehehe ).

Kami bertiga makan dengan berselera sekali sebab memang tengah lapar la katakan hehehe… . Oh yer lupa pula nak cerita warna tema kami berdua pada malam tu ialah merah... (cuma mama ct jer warna biru sebab tak sempat nak ion baju lain hahaha )

So jom la layan gambar2 yang sempat ct dan hubby abadikan …























Friday, 23-Jan-2009 12:36 Email | Share | | Bookmark
ENTRY TERTUNDA (HARI LAHIR KU YANG KE-31)



Assalamualaikum dan salam cinta untuk semua rakan2 di dunia FP,

Oleh kerana masalah teknikal entry yang sepatutnya di masukkan pada tanggal 21 Januari terpaksa ditunda tarikh siarannya ke 23 Januari. Kesulitan amat lah dikesali hehehe…

Entry yang dimaksudkan ialah entry mengenai ulang tahun kelahiran ku yang ke-31 (dah tua rupanya aku ni yer hehehe). Sebelum tu ct nak cerita sikit tentang latar belakang siapakah Hajah Siti Azlina binti Abdul Aziz yang sebenarnya…

Aku dilahirkan pada tanggal 21 Januari 1978 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur iaitu pada hari Sabtu jam tak ingat la pula hehehe tapi kalau menurut mama aku dilahirkan waktu pagi tak pasti la pula sebelum subuh ker atau selepas subuh, janji aku dilahirkan dengan sempurna dan sihat AMIN…

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mamaku, kira memang sempurna la hidup ku walau pun tanpa ayah di sisi (my parents divorce). Apa yang aku nak insya Allah pasti dapat cuma kena banyak bersabar la kan hehehe.

Nenek dan aunty2 ku yang banyak membantu mama dalam menjadikan aku manusia seperti sekarang. Aku sayang sangat ngan arwah nenek, mak cik dan juga mak yah ku…dia orang la sumber kekuatan ku. Sepajang aku menjalani kehidupan sebagai manusia aku tak pernah rasa kekurangan, bagi ku semua nya cukup sebab arwah nenek banyak mengajar erti bersyukur, dan jika berkehendakkan apa2 aku mesti berusaha untuk mendapatkan nya. Aku diajar untuk tidak meminta-minta tapi mesti berusaha jika berkeinginan kan sesuatu.

Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dari darjah satu sampai la darjah enam. Kemudian aku sambung ke Sekolah Abdullah Munshi dari tingkatan satu sampai la ke Tingkatan enam. Setelah itu aku ke ITM Shah Alam (masa tu belum UiTM lagi),tapi belum pun sempat satu semester ITM dah ditukar ke UiTM…detik2 bersejarah tu aku dapat raikan bersama dengan puluhan ribu pelajar UiTM yang lain gumbira betul time tu hehehe…Di UiTM aku belajar dari peringkat sarjana muda sampai la ke sarjana. Kalau ikutkan aku ni tak der la pandai mana kalau time exam pun cukup makan jer, Cuma ALLAH telah membuka peluang untuk aku menambah ilmu di dada, so dah ada peluang dan ruang aku pun rembat la hehehe…

So ini la aku Siti Azlina @ cinta di love lane…

Code:
P/S: SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI KU CT, SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN BERADA DI GENGAMAN WALAUPUN DIRINTAGI CABARAN DAN HALANGAN…AKU BOLEH!

JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK MAMA YANG TELAH MELAHIRKAN AKU DI DUNIA INI, TERIMA KASIH KEPADA ARWAH AYAH KU YG MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MENCARI CINTA SEORANG AYAH, TERIMA KASIH UNTUK SAUDARA MARA KU YANG SELALU BERADA DI SAMPING KU DIWAKTU SUSAH DAN SENANG KU, TERIMA KASIH KEPADA SUAMI TERCINTA KERANA MENYINTAI DAN MENERIMAKU SEADANYA DAN JUTAAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK SEMUA SAHABAT HANDAI YANG KARIB MAHUPUN YANG BARU…
CT SAYANG KALIAN SEMUA…




comel tak ct waktu baby hehehe



lagi gambar nostalgia dari ku



nostalgia di sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor



kenangan di sekolah menengah Sekolah Abdullah Munshi



memori bersama rakan2 seperjuangan di UiTM shah alam



Monday, 19-Jan-2009 01:38 Email | Share | | Bookmark
TETAMU YANG ISTIMEWA



Assalamualaikum ,

Sekali lagi jutaan terima kasih ct dan suami rakamkan untuk semua rakan2 di FP kerana sudi mendoakan kebahagian dan kesejateraan kami berdua. Semoga doa2 kalian akan lebih memotivasikan kami berdua untuk berusaha mengekalkan kebahagian kami hingga ke hujung nyawa AMIN…

Ok kali ni ct nak cerita sikit tentang tetamu yang sangat istimewa telah bertandang ke rumah ku. Ceritanya begini, masa hubby baru balik dari majlis , tiba2 hubby terjumpa la dengan seekor anak burung merpati yang kakinya terlilit dengan seutas tali kat sekitar kawasan rumah kami ni. Kesian pula hubby ct tengok lalu dibawa nya anak burung tu naik ke rumah. Setelah itu diambilnya gunting lalu memotong tali yang terikat di kaki anak burung tersebut.

Setelah dipotong apa lagi anak burung itu pun mula la menunjukkan skilnya terbang, habis la bilik kami di tawafnya hehehe nasib baik tak dibuangnya tut hehehe…

So masa anak burung merpati tu tgh dok asyik kat dalam bilik kami apa lagi hubby pun amik kesempatan la snap gambar nya…cute kan hehehe… setelah puas berposing kami pun melepaskan anak burung merpati ini terbang bebas di angkasa. Terbang la wahai kau sang burung meneroka seluruh pelusuk alam maya ini…

Jom la layan jer…









[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net