welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 16-Apr-2009 12:28 Email | Share | | Bookmark
BILA TERASA RINDU ...

assalamualaikum dan salam sayang untuk semua rakan2 FP sekalian…

lama betul rasanya tak bersua di halam FP ni hehehe. Nak kata bzz sangat tu idak la sangat Cuma penyakit malas dah mula datang melanda itu la masalah problem nya hehehe…

so sementara ct nak masukkan gambar sempena hari lahir hubby yg ke 32, so jom la layan dulu gambar2 menu yang menyelerakan ni yer… actually, lokasi nya berbeza tapi ct satukan demi menjimatkan masa dan kawasan entry hehehe

layan…













Friday, 13-Mar-2009 09:01 Email | Share | | Bookmark
MASJID

RENUNGAN:-

TUNAIKAN SOLAT SEBELUM ANDA DI SOLATKAN…










SELAMAT HARI LAHIR AYAH

Pada hari ini tanggal 13 March ayah mertua ku telah menyambut ulang tahun kelahiran yg ke berapa erk? hehehe tak tahu la pula...esok baru ct dan suami sempat nak balik kampung. so sebagai buah tangan ct telah sediakan sebiji kek coklat hasil tangan ct dan suami hehehe...

so jom tengok wajah ayah ku versi muda belia hahaha hemsem juga ayah mertua ku ni yer



SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AYAH MERTUA KU, SEMOGA PANJANG UMUR DAN SIHAT SELALU...


Saturday, 7-Mar-2009 06:44 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI DI SEKOLAH BAKTI

Assalamualaikum,

Bertemu kembali di entry terbaru. Kali ni ct nak cerita tentang aktiviti di sekolah bakti dimana ct berkhidmat sebaga guru. Aktiviti ini berlaku pada hari jumaat minggu lepas.

setiap minggu ganjil aktiviti untuk persatuan bukan akademik akan diadakan. so ct telah dilantik sebagai guru penasihat persatuan pusat sumber telah mengadakan satu aktiviti yang dipanggil Info Hunt.

Info Hunt ini diadakan sempena "minggu membaca" yang telah dirsmikan pada minggu lepas juga. dalam aktiviti Info Hunt ini, pelajar akan diberi satu soalan dan perlu mencari bahan2 untuk menyelesaikan masalah atau soalan yg telah di beri tadi.

bahan2 tersebut hendak lah di cari di dalam Pusat Sumber sahaja. so jom la layan gambar2 mereka ini yer...



sedikit taklimat ringkas di berikan oleh guru penaung pusat sumber dan aktiviti mencari bahan pun dimulakan



betapa khusuk nya anak2 murid ku berusaha mencari bahan hehehe maklum la ada hadiah kan



antara kumpulan yg menang di tempat pertama dan kedua



ini pula pemenang untuk tempat ketiga


Tuesday, 3-Mar-2009 13:52 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Assalamualaikum,

Pada tanggal 20hb februari yg lepas, mama ct telah menyambut hari lahir yang ke 59. So sempena menyambut hari lahir mama ni hubby telah bawa kami berdua keluar makan kat luar.

Memandangkan mama suka makan mee so hubby pun pilih kedai mee udang pak ngah kat sungai dua…memang sedap betul la mee udang kat situ, lagi pun dah memang tersohor di merata tempat mee udang pak ngah ni.

Lepas tu hubby order pula satay daging. Pendek kata memang enjoy betul la kami bertiga makan pada petang itu erm…yummy sedap betul la…

So jom la layan gambar menu kami ni yer…

Quote:
gambar kami bertiga tak sempat nak amik sebab terlalu leka dok makan ...lagi pun sedap sangat la beb hehehe sampai terlupa nak berposing kah..kah..kah




air jenama "maksuri" iaitu ibu kepada mahsuri hahaha



kita orang order satu mangkuk untuk 3 orang makan...masya Allah kenyang bangat sedap tu hehehe



satay pun sedap juga ... pendek kata petang tu kami bertiga betul2 dalam kekeyangan


Saturday, 28-Feb-2009 09:01 Email | Share | | Bookmark
KENDURI KAWIN ANAK KEPADA SEPUPU HUBBY

Assalamualaikum,

Akhirnya dapat juga ct meng update kan fotopages ini…rindu rasanya bila tak dapat nak bersua dengan sahabat2 di dunia cyber semua…

2 minggu lepas merupakan minggu2 yg sangat sibuk kerana ct telah di amanahkan untuk menyediakan soalan untuk assessment test (1) bagi tahun 2009 untuk student2 di kelas peralihan, minggu berikutnya adalah minggu ujian di jalankan… so ct tersangat la bzz untuk menyelesaikan semua tugasan dengan sempurna…

Tapi syukur Alhamdulillah kini semuanya kembali normal, cuma latihan sukan bakal menyusul selepas ini…hehehe sibuk balik la jawap nya hahaha….

Ok la berbalik kepada cerita yg seterusnya, gambar2 ini diambil semasa anak kepada sepupu hubby kawin…muda lagi ni kalau tak salah baru 20 umur pengantin perempuannya …yg lelaki tu tak tahu la pula umur berapa hehehe…

Kalau tak salah pengantin lelaki tu org langkawi…so lepas ni jd orang langkawi la anak saudara sepupu hubby ct ni kan hehehe…

Jom la layan gambar2 yg telah di snap…layannn….



segala persiapan sedang dijalankan sebelum majlis bermula



taklimat ringkas telah diberikan oleh ketua mentara sebelum tugasan bermula



yang baju biru tu la tuan rumahnya



ini pula ahli2 mentara kaum wanita merah sangat la mak ngah hehehe



ala sian nya samapi tertidur baby comel tu kan



tema mereka warna biru " u look blue la" hehehe



ini la pasangan pengantin yg diraikan sepadan kan



meja untuk makan beradap telah siap dihias dan dihidangkan sedap tau



tengok tu ceria jer wajah2 tetamu yg menjamu selera hehehe yg anak dara dua org tu adik2 ipar ku



ini pula wajah2 si cilik comel2 belaka tu hehehe



makan time...malu2 la pula pasangan pengantin ni



antara menu yg dihidangkan



tengok tu hubby tengah mengutip yuran dari ahli2 mentara



pengantin perempuan memberi sedikit cenderamata kepada mereka yg membantu menjayakan majlis mereka



semoga kedua mempelai hidup dalam kebahagian hingga ke hujung nyawa Insya Allah


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net