welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 9-May-2009 06:40 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum,
salam sayang untuk semua ibu2 di seluruh dunia...ini adalah hari kalian semua...semoga semua ibu2 di dunia cyber ini sedang berbahagia dengan cahayamata masing2.

bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, setelah dipilih oleh ALLAH dan dikurniakan cahayamata maka seorang wanita itu telah diberi satu darjat yg sangat mulia dengan gelaran "IBU". "MAMA", UMI, "MAK" dan sewaktu dengan nya...

pelihara lah amanah ALLAH dengan seribu tanggung jawab di bahu...kerana cahayamata yg diberi itu adalah warisan bangsa di masa hadapan...

pada yg masih belum bergelar ibu ( iaitu diri ku sendiri... ) jgn putus asa teruskan berdoa dan berusaha semoga ALLAH mendengar rintihan hati kita....

salam sayang kepada semua sahabat2 ku mahupun di cyber atau di luar sana yang telah bergelar ibu atau bakal memegang gelaran ibu...dengan ucapan "SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU, SEMOGA KALIAN BERBAHAGIA DENGAN CAHAYAMATA TERCINTA"

wassalam....

Quote:
ucapan untuk mama dan ibu mertuaku tersayang...

terima kasih tak terhingga dari kami berdua (ct dan im) kerana telah melahirkan kami ke dunia, memberi kami ajaran agama dan budi bahasa yg sangat tinggi...sesungguh nya jasa kalian berdua tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. doa kalian senantiasa mengiringi kejayaan dan kebahagian kami berdua...terima kasih dari ct dan im untuk mama dan mak...sesungguh nya kami sayang sangat kat MAMA DAN MAK...
doa kami semoga mama dan mak sihat dan diberi kesejahteraan di dunia dan di akhirat jua...SELAMAT HARI IBU MAMA DAN MAK




Monday, 4-May-2009 12:21 Email | Share | | Bookmark
MANDI MANDA DI ULU PAIP KULIM

Assalamualaikum...
aloha...salam sayang wahai semua viewer FP cinta hehehe
jom tengok apa aktiviti ct dan hubby berserta famili abang ipar ku dan juga kakak iparku beriadah di air terjun ulu paip yg terletak di kulim kedah

tengok tu hubby ku bukan main suka sangat bila dapat berendam macam tu, ct pula tengok dari jauh jer la yer, malas nak basah kan badan hehehe sejuk tu
jom layan zassss.........







JAWAP TAG DARI IEZAH AZIZAM

ok kali ni ct ada kesempatan nak jawap tag, pada yg lepas2 ct minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak jawap tag kalian....
so kali ni ct di tag oleh sahabat cyber ct Iezah Azizam http://faimin97.fotopages.com, so jom la layan apa soalan yg ct kena jawap kah..kah..kah..kelakar la pula

1) BILA KALI TERAKHIR ANDA CUCI TOILET?
semalam hari ahad hehehe memang dua minggu sekali wajib cuci toilet tu.

2)PENCUCI APA YANG ANDA GUNAKAN?
selalu nya jenama cosway jer…maklum la dah nama pun ahli cosway hehehe.

3) DALAM 1 MINGGU BERAPA KALI ANDA MOP LANTAI? KENAPA?
selalu nya dua minggu sekali hari cuci dan mengemas rumah, so setiap dua minggu memang itu la rutin ct kat rumah hehehe.

4)APA TUGASAN TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
tutup tingkap.

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM ANDA YANG PALING SIMPLE?
kalau paling simple ct akan gorengkan kentang frozen atau pun buat cucur jagung, kadang2 bubur jagung its depends la hehehe.

6)MINUMAN SELALU ANDA BUAT WAKTU PAGI?
milo + oats.

7)SEBELUM TIDUR APA YANG ANDA SUKA LAKUKAN?
baca doa tidur itu wajib la kan, kunci jam untuk bangun jam 5pagi pada keesokkan nya, layan internet melalui hp atau baca novel.

BADAN ANDA...

1) BERAPAKAH BERAT ANDA SEKARANG DAN JUGA KETINGGIAN ANDA?
Tinggi = 155cm..... Berat = 65-68 kg kalau hari puasa sunat isnin dan khamis jd 65 kalau tak puasa 68 hahaha pelik kan tapi benar.

2) BERAT PALING TINGGI DALAM SEJARAH?
hehehe 70 kg.

3) APAKAH MAKANAN SAMPINGAN ANDA UNTUK MEMILIKI TUBUH BADAN LANGSING?
selalu ct amik oats jer, tapi sekarang dah amik teh dari jenama cosway. Maklum la ct ni ada sembelit susah benar nak ke tandas hehehe.

4) BERAT YANG PALING RENDAH YANG PERNAH ANDA DAPAT? USIA ANDA KETIKA ITU?
Dalam 48 ke 50 kg macam tu la, kalau tak salah masa tu tgh study kat UiTM, rasa nya umur dalam linkungan 21 macam tu la.

5) ANDA PERNAH SERTAI PROGRAM PELANGSINGAN?
pernah masa sebelum kawin. Cuma ke spa jer hehehe.

6) APAKAH DIET YANG ANDA AMBIL UNTUK MEMILIKI BERAT ANDA YANG PALING RENDAH?
erm…ct ada baca dalam majalah rapi tentang perihal diet ni, so ada satu petua tu ct amalkan sampai sekarang kalau lapar minum air kosong banyak2 insya Allah lapar tu kan hilang hehehe.

7) APAKAH YANG MENYEBABKAN BERAT BADAN ANDA NAIK MENDADAK?
selalu ikut hubby makan malam, hehehe dah la tu selalu pekena roti tandori mau tak naik badan ct ni ha hahahaha!!

APAKAH TARGET ANDA UNTUK KURUS SELEPAS INI?
ingat nak dapat 55kg... insya Allah.

9) MILIKI GAMBAR ANDA DULU DAN KINI?
Ada 2001 compare 2008, masya Allah beza nya hehehe

10) SILA UPLOAD...?.




11) HARUS MENJAWAB TAG YANG TERTERA NAMA DI BAWAH?
rasanya tak nak tag sesiapa la hehehe.


Saturday, 2-May-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
TERIMA KASIH WATIE

Assalamualaikum,
entry kali ni tak der la nak cerita panjang cuma nak ucapkan jutaan terima kasih untuk adik watie kerana sudi memberi award yg sangat2 comel ni hehehe
award ni di cipta sempena ulang tahun FP beliau yg pertama, Insya Allah semoga FP beliau sentiasa ceria caiyok!!



GELAGAT ANAK BUAH KESAYANGAN KU



cute tak alya hehehe


Tuesday, 28-Apr-2009 09:04 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Assalamualaikum,
salam sayang untuk semua sahabat ct di dunia cyber...
Tanggal 13 April baru2 ni hubby ct yg tercinta telah pun menyambut ulang tahun nya yg ke 32 tahun.kami berdua tak der la sambut secara besar-besaran cuma makan2 KFC di rumah anak saudara kami yg comel tu ALYA...tapi sayang nya gambar tak pula kami amik sebab hehehe lupa la, bukan apa dah lama tak makan KFC tu yg kepunan tu hahaha

tapi pada keesokkan harinya iaitu pada 13 April hubby pun potong la kek nya yg berperisa tiramitsu sedap tu hehehe dan ada la sedikit hadiah buat suami tercinta...

pada 14 April pula kawan2 hubby pula buat majlis makan2 untuk hubby kat office, sekali lagi la hubby ct ni potong kek hehehe meriah gitu...

jom la layan apa yg sempat ct dan hubby sediakan yer

Quote:
ucapan untuk suami tercinta:-
selamat hari lahir sayang, ayang doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam linkungan mereka2 yg berjaya dalam kehidupan, insya Allah semoga impian dan cita2 sayang tercapai satu hari nanti AMIN...










Saturday, 25-Apr-2009 14:02 Email | Share | | Bookmark
BUNGA-BUNGA CINTA

Assalamualaikum...
salam sayang untuk semua sahabat2 ku di dunia FP....
ok la kali ni ct tak nak la nak berceloteh panjang jom tengok bunga-bunga cinta yg sempat ct rakamkan untuk tontonan kita semua yer...
suka hati ct jer kan letak nama bunga-bunga cinta hehehe









[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net