welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Sep-2008 21:55 Email | Share | | Bookmark
EDISI BISKUT RAYA DI LOVE LANE



Assalamualaikum wahai sahabat di dunia maya ....
lama juga ct tak up date FP ni hehehe maklum la agak bzz sikit ngan kerja2 rumah... edisi kali ni ct nak share apa yg ct buat semalam hehehe...
dengan rendah diri nya ct telah dibantu oleh mama tersayang membuat biskut raya...tahun lepas ct buat kat KL ngan mama jer berdua tapi thn ni yg best nya sebab hubby ct pun turut sama membantu dalam penyediaan pembelian bahan2 ramuan biskut raya ni TQ yer sayang, TQ yer mama...
mula cadangnya nak buat 4 jenis jer tapi bila dah mula menguli dah jadi 6 jenis hehehe pelik tapi benar ni
kesian mama semalam maklum la duduk depan oven asyik dok bakar biskut, bila waktu berbuka minum air jer la dahaga la katakan hehehe
hubby pula kena tahan bau wangi biskut2 yg tengah dibakar, apa lagi perut pun mula la berbunyi hehehe
so jom la kita tengok apa yg telah ct siapkan semalam yer...













EDISI MENJAWAP TAG



ok kali ni edisi menjawap tag pula dari Fafau...so lepas jawap ni ct dah amik keputusan untuk tidak meng tag sesiapa lagi, ct faham semua nya tgh sibuk dok buat persiapan raya kan mana la ada masa nak jawap tag2 ni kan hehehe...
so jom la tengok apa yg telah ditanya oleh Fafau dan apa yg telah di jawap oleh ct ok !!


1) NAMA TIMANGAN
Masa sekolah rendah sampai la sekolah menengah kawan2 panggil dgn panggilan ct jer
Saudara mara yg terdekat panggil “adik comel” hehehe
Kawan-kawan FP panggil dgn nama “cinta” atau “lina”
Hubby pula dah tentu la panggil “ayang” atau “sweetheart”
Mama pula panggil “cek” (loghat org penang) dan “ayang”

2) SAYA SEORANG YANG….
Manja tapi tegas
Sensitive tahap normal lagi la hehehe
Sayang sangat kat kucing
Pendiam bila berada di kalangan org yg tak kenal
Kuat berceloteh bila bersama kengkawan
Dan suka menceriakan kawan2

3) INSAN-INSAN TERISTIMEWA
Suami tercinta
Mama tersayang
Ibu2 saudara serta ayah2 saudara ku
Ayah dan ibu mertuaku
Adik2 ipar serta sepupu2 ku
Anak2 saudaraku
Sahabat handaiku yg dihormati

4) MAKANAN KEGEMARAN
Nasi goreng
KFC (cheesy wedges)
Mc.Donalds (quarter pounders ngan sundae jer)

5) FAVOURITE COLOUR
Pink
Purple
White
Black

6) FAVOURITE SONG
Gerimis mengundang - SLAM
Dealova - ONCE
Cahaya cinta – SITI NURHALIZA
Pulanglah – AISHAH

7) BENDA YANG MENDATANGKAN STRESS
Bila di bohong/ditipu
Bila ada org tak menghormati my privacy

3 BENDA DALAM WALLET
My picture
My hubby picture
Kad pengenalan (wajib tu)

9) KALI TERAKHIR MENANGIS BERIYA-IYA
Dah lama berlalu biar la ia menjadi satu kenangan terindah dalam hidup ku




Thursday, 18-Sep-2008 01:48 Email | Share | | Bookmark
JOM KENAL DENGAN BURUNG HANTU



Assalamualaikum...selamat meneruskan ibadah puasa...
kali ni ct nak lari sikit dengan suasana puasa dan bahang nak beraya,
gambar ni dah lama dalam simpanan telefon bimbit hubby,so ct amik dan jadikan ia satu tajuk untuk ct kongsi dgn u all semua...
burung hantu ni tersesat kat kawasan rumah mertua, so ayah mertua ct pun jaga la kejap sebab burung ni cedera kut...tapi sekarang dah lepas pun mungkin tengah terbang bebas di awan yg biru hehehe
ct ni tak tahu sangat citer nya sebab masa tu ct masih kat KL lagi hehehe
tapi bila ct tengok muka burung hantu ni comel la pula...so cct pun rasa nak tunjuk kat u all semua...
di sini ct sertakan serba sikit info tentang burung hantu ...
jom layannnn........

Burung Hantu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):
• Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan
• Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.
Ciri-ciri
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.
Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di hadapannya.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.
Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.










Monday, 15-Sep-2008 12:30 Email | Share | | Bookmark
AWARD YANG TELAH DITERIMA























ini pula ct dapat kad raya dari sahabat lama ct masa di UiTM iaitu kak ina yg sekarang berada di UK



kad raya ni pula dari azie

AWARD TAG



Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url leezbalezza Kat AtasTuh...
Tag di terima dari LEEZBALEZZA dan ct mengambil keputusan untuk tidak meng tag sesiapa lagi




Friday, 12-Sep-2008 13:30 Email | Share | | Bookmark
BAZAAR RAMADHAN LITTLE INDIA DI QUEEN STREET PENANG



assalamualaikum,
selamat berpuasa untuk semua warga FP, sekarang kita dah masuk ke fasa kedua di bulan Ramadhan iaitu Fasa untuk keampunan...
di harap di bulan yg mulia ni marilah kita sama2 buang yg keruh dan amik yg jernih...
ok la (ustazah dah lepas membebel hehehe) picture ni ct dan hubby amik masa ke penang minggu lepas.saja je kami singgah kat queen street penang, kat sini dikenali juga dengan panggilan little india kira ala2 masjid india kat KL tu la kan
macam2 kuih india ada kat sini, tapi kami beli putu mayang jer la...klasik lagi naik basikal tua...teringat zaman2 60an dulu...(eh, mana ct ada zaman tu hehehe )
kebetulan pula waktu kami sampai tu ada kapal besar baru berlabuh di dermaga (wah ayat bunga tu hehehe)so ramai la pelancong naik beca jelajah penang ni...
so moh le kita layan apa yg ada yer....moh kiter...













tuuu diaaa putu mayang klasik lagi naik basikal tua



jom naik beca pusing komtar



Monday, 8-Sep-2008 07:54 Email | Share | | Bookmark
SEPETANG DI PERHENTIAN TOL BAGAN AJAM



Assalamulaikum,
diam tak diam dah lapan hari kita semua berpuasa kan...Alhamdulillah....
ct ni tak der la banyak gambar nak share tapi yg kolkesi tu ada la sikit...gambar2 ni ct amik sehari sebelum kita semua sambut merdeka...
so sambil layan anak buah yg datang bertandang ke rumah kami pun berposing kat R&R Bagan Ajam.
so jom la layan aksi2 kami di sebalik mega2 senja ...
zasss.....













SUATU MALAM DI ROBINA PARK



malam nya pula kami ke Robina Park untuk membilang detik 12 tengah malam .... anak buah pula sibuk nak tengok percikan bunga api...
yg kelakar nya bunga api nampak berbalam sebab malam tu cuaca agak kelam nak hujan huhuhu...
so jom la layan aksi kami di malam detik kemerdekaan...







[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net