welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Nov-2008 14:14 Email | Share | | Bookmark
KENDURI KAWIN ANAK2 PAK CIK PI (PEMANCING IKAN)



Assalamualaikum sahabat FP ku sekalian
Ini la masa yg ditunggu-tunggu iaitu kenduri kawin dua orang anak kepada sahabat FP kita iaitu Pak Cik Pemancing Ikan (nama pena nya jer hehehe)
Majlis diadakan pada tanggal 25 Oktober iaitu pada hari Sabtu…yg paling best nya Kak Azue iaitu Timbalan Pengerusi Team Ketupat Bawang pun akan hadir so excited giler la nak jumpa ngan Kak Azue ni hehehe…
Ct dan suami bertolak dari rumah jam 1.45 tengah hari tepat jam 2.00 tengah hari kami pun sampai ke lokasi majlis yg diadakan …
Lepas bersalam-salaman kami pun menjamu selera…tapi team FP Northern belum sampai lagi terutama nya Pn. Zai. Lepas je kami pun selesai makan nampak la Pn. Zai sampai dan bersama beliau adalah Kak Azue…punya la hepi dapat jumpa apa lagi saling berpeluk-pelukan la hehehe…
Lepas tunggu dia org semua selesai makan kami pun memulakan aktiviti bergambar…so jom la saksikan aktiviti bergambar kami ni yer…

Quote:
gambar pengantin ct tak masukkan sebab ayah kepada kedua pasangan ini telah pun mengabadikan di ruangan khas di FP Pemancing Ikan




bergambar bersama-sama sahabat FP meriah betul hehehe



setelah selesai makan semua nya dah ngantuk la yer hehehe



posing time hehehe



wajah-wajah di sekitar majlis



wajah-wajah bapa dan bakal bapa mithali hehehe



senyum jgn tak senyum hehehe



Thursday, 30-Oct-2008 01:52 Email | Share | | Bookmark
JOM MAKAN PASEMBUR – ROJAK



Assalamualaikum…
Kali ni ct nak citer pasal makan lagi hehehe, jom makan pasembur…org2 penang tahu la kan apa itu pasembur…kalau kat tempat lain panggil rojak kan …
Ct dan suami makan rojak ni kat Carrefour Seberang Jaya Butterworth…sedap juga rasanya, lagi pun waktu tu memang tengah lapar tahap gaban hehehe …Lagi pun dah lama kami berdua tak makan rojak ni, teringin la pula, nak makan nasi macam tak berselera jer lepas raya ni, tekak ni macam nak mencuba selain dari nasi…
so jom la tengok rupa pasembur merangkap rojak ini yer…



sungguh menyelerakan yum..yum..yum



Tuesday, 28-Oct-2008 01:24 Email | Share | | Bookmark
TANJUNG MARINA BAY PULAU PINANG



Hari Jumaat lepas ct dan suami ke Penang hantar mama ct balik ke rumah pusaka arwah nenek…
sambil tu sekali la singgah ke rumah Pak Long ct yg ct panggil Bapa untuk melawat beliau yg tak berapa sihat beberapa hari yg lepas .
Masa nak balik tu kami berdua decide nak naik feri la, konon nak berehat sekejap, maklum la semalam hubby ct baru balik dari Langkawi…
So masa dalam feri tu, ct nampak cantik sangat suasana di kawasan Pelabuhan Pulau Pinang ni, atau org sebelah Penang ni gelarkan Jeti.
Ct ni tak der la pandai nak amik gambar yg cantik2 tapi ct yakin kalau ada photographer professional yg amikkan gambar kat sini mesti sangat cantik…
so ct ni setakat yg mampu macam ni jer la yer hehehe
Jom la layan apa ct amik untuk tatapan kita semua…



suasana yang sungguh mendamaikan di mata ct



ct memang suka sangat tengok laut dan awan…ia seolah-olah sedang berkata-kata dengan ct (alamak jiwang la pula hehehe)



kalau la ct kaya kan, ct nak beli sebuah kapal layar dan nak berlayar ke seluruh pelusuk dunia, sebab ct suka sangat keindahan alam (ini la angan2 minah jenin hehehe)



Saturday, 25-Oct-2008 04:00 Email | Share | | Bookmark
EDISI BABY KUCING – GEGIRL AND BOBOY



Ini pula anak2 Chik yang sangat comel dan lincah tak terkejar ct ngan mereka berdua ni…

Yang gegirl ni suka sangat panjat tingkap ala tarzan, boboy pula setiap kali kita sapu sampah mula la dia mengejar penyapu tu, silap2 ngan dia sekali tersapu hehehe

Tapi yg ada persamaan antara dua ekor ni ialah kalau tidur mesti nak atas ribaan ct atau suami…memang ketegori manja la…siap kena dodoikan lagi tu hehehe

Boboy dan GeGirl ni akan mandi setiap hari Ahad tiap2 minggu…memang wangi badan mereka ni maklum la tak pijak rumput atau pasir lansung hehehe…

Kalau membuang (air besar atau kecil) pun kat dalam bilik air kira dah terajar la tu hehehe (kucing sekolah hehehe)

Jom la tengok apa aksi dua beradik ni yer



gegirl yg lincah



boboy yg aktif




Thursday, 23-Oct-2008 13:07 Email | Share | | Bookmark
EDISI MAMA KUCING – CHIK



Assalamualaikum,
Ok kali ni ct nak story tentang cat yg ada kat rumah ct, cat ni di ambil dari kampung hubby kat Tasek Gelugor …kucing kesanyangan hubby ct ni tau …
Menurut suami ct kalau diikutkan umur cat ni dah masuk 6 tahun…cat ni telah dinamakan Chik…
Masa bawa datang ke rumah kami di Telok Air Tawar ni Chik ada 3 baby, tapi sayang anak Chik yang bongsu yg sempat diberi nama Baby telah pun mati…so tinggal la dua ekor jer.
So jom la tengok aksi Chik bila berada di rumah ….

Quote:
bakal menyusul edisi baby cats pula, nantikan yer...




ini la Chik



chik memang suka memandang ke luar jendela (kira salah satu hobi nya la tu hehehe)



chik sedang berposing



[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net