welcome to my love lane

By: Siti Azlina Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 15-Nov-2008 03:40 Email | Share | | Bookmark
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS



Assalamulaikum…
Lepas je balik dari memancing tu kami pun singgah la ke rumah ayah kepada kawan abang ipar ct…Kalau nak tahu umur tok wan ni dah 90 tahun…tapi masih kuat lagi tu, cuma mata ngan telinga jer kurang sikit.
Dia org berdua suami isteri ni punya la nak bagi kami makan nasi sampai gaduh2 manja gitu hehehe.Tapi kami semua menolak nya dengan baik…bukan apa masing2 dah kenyang tengok ikan fresh kat Kuala Muda tadi hehehe
Tapi kat sini ct nak berkongsi cerita, kawasan rumah tok wan ngan tok (panggilan manja untuk dia org berdua) punya la bersih,usia rumah yg dah berpuluh tahun…kalau tak silap rumah tu didirikan pada tahun 1965 masih kuat dan megah berdiri (ct pun tak der lagi hehehe),pokok2 buah-buahan ni jgn cakap la macam2 ada…so kami pun mengambil peluang untuk mengait buah yg ada la hehehe
Sempena sambutan hari warga emas peringkat kebangsaan yg disambut di Bangi pada hari ini, ct mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Warga Emas kepada Seluruh Warga Emas di Malaysia” So jom kita tengok apa yg sempat hubby ct snap ok…



acara berposing dan sambil minum2



jom berposing lagi...(yg baju putih tu biras ct)



sedap nya magga ni bawa balik ke rumah siap buat jeruk satu balang hehehe



ini la koleksi antik TV hitam putih edisi lama



cantik kan rumah pusaka ni



nombor rumah ini diambil sempena tahun pembinaan nya



Wednesday, 12-Nov-2008 07:02 Email | Share | | Bookmark
AKTIVITI MEMANCING DI KUALA MUDA



Pada cuti perayaan deepavali yg lepas ct dan hubby ikut abang serta adik ipar ct ke Kuala Muda untuk memancing…bukan ct yg memancing tapi hubby dan sekutu-sekutu nya hehehe, ct kira tukang tengok jer la
Kami ke sana dgn 3 buah biji kereta, tapi kalau ditengokkan ct ngan hubby bawa bekal macam nak gi berkelah jer huhuhu
Tapi sayang nya hubby ct tak dapat pun ikan lagi pun cuaca semakin panas macam nak kena migraine dah ni haaa….
Dalam masa yg sama kami meninjau-ninjau ke kawasan pelabuhan ikan di Kuala Muda ni..so hubby pun amik la gambar2 ikan yg masih fresh…jom layan



hubby tengah khusuk memasang umpan dan aktiviti peraih membeli hasil tangkapan dari nelayan



macam2 ada kat sini



tengok tu kucing pun nak cek kualiti ikan hehehe



hasil tangkapan di bawa ke kawasan penimbang



EDISI TAG LAGI

kali ni ct kena tag oleh watie...setelah diluluskan oleh FINAS dan juga pihak berwajib ini la hasil nya hehehe



gambar ni diambil pagi tadi sewaktu nak gi beli juadah untuk sarapan pagi


Saturday, 8-Nov-2008 09:24 Email | Share | | Bookmark
JOM KE PASAR MALAM



Assalamualaikum,
Kali ni ct nak share picas suasana di Pasar Malam kat area Bagan Ajam…ct ni nak kata selalu ke pasar malam tu tidak la sangat, tapi jika lauk untuk masak tu dah dalam keadaan kurang pergi la juga…
Selalu nya bila ct ke pasar malam masa ni la ct akan belajar nama2 ikan hehehe . So jom la tengok apa yg ada kat pasar malam bagan ajam ni yer….layan…



ikan ooo ikan…



ketam pun ada



telur sotong



udang ni kalau buat sambal pun sedap kan



ini la belut, eee geli la pula



ikan semilang di tapak tangan hehehe macam berpantun la pula



teringin pula nak makan mini murtabak ni



masa beli satay ni satu kejadian lawak telah berlaku, kami berdua dah nak sampai ke kereta dah tiba2 baru perasan yg mak cik yg jual satay tu tak bagi kuah kacang kat kami hehehe apa lagi hubby pun pergi buat tuntutan kuah semula la hehehe



suasana di pasar malam



Wednesday, 5-Nov-2008 23:59 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DI KAMPUNG PAYA TOK AKIL



Aloha…
Salam sayang dari siti azlina @ cinta di love lane…
Kali ni ct nak share gambar yg telah diabadikan semasa majlis Malam Mesra Aidil Fitri bagi tahun 2008 yg bertempat di kampung kelahiran suami tercinta.
Sebenar nya majlis macam ni memang setiap tahun diadakan, tapi tahun ni yg paling best sebab ct dapat menghadirkan diri…
kalau tidak selalu tak berkesempatan maklum la masa tu dok kat KL hehehe
Tema kami berdua pada malam tu man and women in black hehehe…
Kampung Paya Tok Akil ni diantara kampung2 yg paling aktif dalam kehidupan berpesatuan dan banyak aktiviti kemasyarakatan serta keagamaan dijalan kan disini…
So jom la layan sebahagian dari gambar2 yg sempat ct amik di sepanjang majlis berlansung…



posing time



ramai nya tetamu semuanya dikalangan penduduk kampung sendiri dan juga kampung2 yang berjiran dengan kampung Paya Tok Akil (yg berkerusi roda tu nenek mertua ct )



YB Ustaz Shahabudin pun turut hadir bagi memeriahkan sambutan jamuan pada malam tersebut
hubby selaku Pengerusi AJK bagi majlis malam tersebut turut memberi ucapan terima kasih kepada tetamu yg hadir



Hubby selaku pengerusi turut bergambar bersama AJK kerja kerja yg menjayakan majlis pada malam tersebut



pelbagai acara diadakan salah satu nya nyanyian nasyid



Monday, 3-Nov-2008 23:59 Email | Share | | Bookmark
SINGGAH RUMAH PAK LONG CT



Assalamualaikum,
Ini pula cerita ct dan suami bawa mama dan mak sedara ct ke rumah Pak Long ct yg terletak di Bukit Gedung Pulau Pinang.
Ct dapat khabar Pak Long ct yg ct panggil Bapa sejak kecil ni kurang sihat…kata nya tekanan darah tinggi meningkat…biasala musim raya ni makan pun tak menentu asyik daging dgn ayam saja…so mula la penyakit pun nak hinggap…
Tapi yg best nya isteri Pak long ct ni yg ct panggil Aunty ni mengasuh budak
ada 3 org semua nya heroin hehehe …memang cute giler la…
Yg kecil sekali namanya Humairah, yg putih melepak dgn bedak sejuk tu Mira dan yg comel mata sepet tu pula Yana…
Memang keletah sangat ketiga-tiga “Charlie’s Angels” ni, tak kering gusi ct dan suami ketawa tengok gaya dan ragam dia org ni hehehe…
So jom la layan picas ketiga-tiga heroin ini yer…layan….



Yana and Mira in action… and yg kat belakang baju biru tu pula my lovelly mum



Baby Humairah and my beloved hubby



Me and Humairah



Me and Humairah once again



Me, Humairah, Yana and Mira in action … smile hehehe



[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net